28 December 2012

Kopi Part 2

Assalamualaikum ^_^

Sambung...sambungan...kesinambungan....Happy reading guys!

_____________________________________________________________________

2 tahun kemudian...

Kopi yang masih panas disisip perlahan lalu kepalanya dipusing ke kiri dan ke kanan, mencari wajah yang sedang di nanti. Dari jauh kelihatan Faiz melangkah lesu ke arah meja yang diduduki Zara.
“Hai...” Sapa Zara bersama senyuman di bibir.
Ammar Faiz
Faiz yang baru melabuhkan punggung berhadapan Zara turut tersenyum. Entah kenapa hatinya merasa tenang bila melihat wajah Zara yang masih tidak berubah di hadapannya waktu itu. Betul atau tidak keputusan yang di ambilnya ini? Oh tuhan, permudahkanlah urusan hamba Mu ini.
“Hai Zara. Kau sihat?”
“Sihat alhamdulillah... Kau sihat? Sofia macam mana, sihat?” Tanya Zara sambil matanya tidak lepas memandang wajah kusut Faiz.
“Alhamdulillah, kami berdua sihat.”
Perbualan mereka terhenti seketika kerana memberi ruang kepada pelayan restoran untuk mengambil pesanan. Tiba-tiba kedengaran Faiz mengeluh perlahan.
“Kau kenapa Faiz? Kau ada masalah ye?” Soal Zara tanpa berlengah. Sungguh hatinya tidak senang melihat keadaan kawan baiknya yang seperti kehilangan anak itu.
Faiz menarik nafas perlahan... “Sofea keguguran...”
Owh memang betul kawannya ini sedang kehilangan anak.
“aku pening Zara, aku buntu. Apa yang perlu aku buat Zara?” Mata Faiz mula bertukar merah. Sungguh tertekan dengan masalah yang melanda dirinya sekarang.
“Kau tak boleh macam ni Faiz, kau kena kuat. Kalau kau pun lemah, Sofea mesti lebih lagi kan. Insya Allah nanti ada la rezeki kau berdua untuk menimang cahaya mata.” Zara turut merasa lemah melihatkan keadaan Faiz yang tidak bermaya. Namun dia harus kuat demi sahabatnya itu.
“Aku tak rasa yang aku ada peluang untuk menimang cahaya mata Zara.” Kata Faiz perlahan sambil menundukkan wajah.
“Apa maksud kau Faiz?” Bingung. Ye, ternyata Zara bingung dengan kenyataan Faiz itu.
“Sofea keguguran akibat terkena hentakan yang kuat di bahagian rahim sehingga menyebabkan rahimnya rosak teruk. Doktor bagi tahu yang mereka terpaksa membuang rahim Sofea bagi mengelakkan pendarah yang lebih banyak sehingga boleh membawa maut.”
Zara terdiam. Tidak dia sangka wanita yang masih di usia muda seperti Sofea terpaksa mengaharungi satu kehilangan yang sangat besar. Membuang rahim bagi seorang wanita ibarat maragut separuh nyawanya dari badan.
“Aku tak tahu macam mana dia boleh terkena hentakan sampai macam itu sekali. Puas aku tanya, dia tetap berdiam diri. Aku sayang dia, aku sedih tengok keadaan dia yang sentiasa berendam air mata. Sejak rahimnya dibuang, dia memang tak bercakap langsung, berkurung saja dalam bilik...”
Zara diam, memberi sepenuh tumpuan kepada Faiz untuk meluahkan segala rasa yang terbuku di dada. “...minggu lepas dia ajak aku berbincang. Aku rasa gembira sangat Zara sebab akhirnya dia nak juga bercakap dengan aku. Tapi...”
“Tapi apa?” Tanya Zara tidak sabar.
Faiz menunduk lagi. Berat rasa hati untuk meluahkan, takut jika Zara tidak dapat menerima apa yang ingin diperkatakannya nanti.
“Perbincangan kami itu tidak seperti apa yang aku harapkan.”
“Maksud kau?”
“She still wants a baby.”
“Ooo...jadi, korang nak ambil anak angkat?”
“She wants our own baby Zara, darah daging kami sendiri. Not the adopted one.”
Jelas kelihatan kerutan di dahi Zara. Jangan cakap yang...
“Habis tu, kau nak cari ibu tumpang?” Tanya Zara perlahan.
Faiz angguk cuma.
“Kau gila ke Faiz?! Ibu tumpang kan haram dalam islam.” Zara bersuara tegas.
Faiz angguk lagi. “Tapi tak haramkan kalau aku kahwin dengan perempuan itu kan.”
“Kau cakap apa nih Faiz? Jangan nak mengarut boleh tak. Ibu tumpang la, kahwin la.” Luah Zara lagi. Sugguh dia keliru dengan kata-kata Faiz tadi.
Faiz menegakkan badan, anak mata Zara direnung dalam. “Zara, Sofea nak anak yang lahir dari benih kami sendiri tapi itu semua mustahil kecuali ada orang lain yang boleh mengandungkan anak kami iaitu ibu tumpang. Kami juga tahu yang ibu tumpang haram dalam islam, sebab itu lah Sofea mahu aku berkahwin dengan orang yang akan mengandungkan anak kami itu.”
“Jadi, siapa orang itu?”
Faiz kelihatan teragak-agak untuk berbicara. Nafas dihela perlahan bagi melepaskan lelah yang terbuku di dada.
“Siapa orang itu Faiz?” Soal Zara tanpa nada.
“Zara, kata Sofea, tiada orang lain yang dia percaya untuk menjalankan tanggungjawab ini kecuali..... kecuali.... kau Zara.”
Zara terdiam dan terkaku di tempatnya. Wajahnya pucat, tangannya dingin. Anak-anak peluh mula kelihatan di dahi. Aku? Ibu tumpang? Sanggup kah aku menggalas tanggungjawab itu?
“Zara, kau okay tak?” Faiz cemas. Lengan baju Zara ditarik-tarik, namun Zara masih diam. Kepalanya yang dibaluti tudung menunduk perlahan. Terasa amat berat untuk memanggung kepala mengadap wajah Faiz di depan mata.
Faiz mengeluh lagi untuk sekian kalinya. Sakit rasa hati melihat wajah sahabat kesayangannya yang turut murung memikirkan masalah mereka. Menyesal rasa membebankan Zara dengan masalahkeluarganya ini.
“Zara, aku bukan datang nak minta kau bersetuju dengan permintaan Sofea. Aku hanya meluahkan masalah aku saja sebab aku hanya selesa untuk berbicara dengan kau Zara. Kau tahu kan kita tak pernah berahsia antara satu sama lain. Aku tahu permintaan Sofea agak ridiculous dan aku tak sanggup melihat kau berkorban demi kami. Aku tahu, kau juga ada kehiduapan kau sendiri dan semestinya kau mahukan yang terbaik untuk diri kau kan.”
Zara tetap diam. Entah apa yang difikirkannya sekarang.
“Kau jangan risau Zara, aku tak mintak kau tunaikan permintaan Sofea itu kerana ia adalah suatu yang mustahil untuk dilakukan. Aku juga tidak yakin yang aku mampu untuk berkahwin lebih dari satu, dan aku tak nak meragut kehidupan kau dengan membebankan engkau dengan tanggungjawab yang besar ini. Soal Sofea, kau jangan risau. Pandai lah aku terangkan padanya nanti.”
Faiz rasa serba salah. Dia tidak mahu Zara merasa terbeban dengan kata-katanya tadi. Namun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Niat di hati hanya ingin berkongsi rasa dengan sahabatnya, membuang sedikit beban yang tergalas di bahu. Ternyata langkahnya sumbang, lain yang di harap, lain yang jadi.
Fatin Azzahra
“Aku setuju...”
“Apa?!”
“Aku setuju untuk kahwin dengan kau dan mengandungkan anak-anak kau dengan Sofea.”
Faiz tercengang.
“Zara kau jangan macam ni. Niat aku satu, hanya ingin meluahkan masalah aku, itu saja. Bukan nak kau buat keputusan melulu macam ni.” Wajah Faiz bertukar merah, menahan rasa geram yang terbuku di hati.
“Aku sanggup Faiz untuk menggalas tanggungjawab ini. Sofea isteri kau, bermakna dia kawan aku juga. Tak salahkan kawan berkorban untuk kawan.” Zara cuba mengukir senyum.
“Tapi aku tak sanggup kau berkorban sampai macam ni sekali Zara. Aku tak nak kau hancurkan hidup kau semata-mata untuk kami, untuk aku.” Suara Faiz bertukar sebak.
Kenapa kau begini Zara, sungguh mudah berkorban untuk aku. Sanggup melakukan apa saja untuk aku. Rintih Faiz di dalam hati.
Senyuman masih terukir indah di wajah Zara... “aku bukan menghancurkan hidup aku Faiz, malah aku sedang membina kehidupan aku..... dengan kau.”
Faiz terdiam, matanya tidak lepas dari memandang anak mata Zara. Masih belum hilangkah kasih dan sayang kau terhadap aku Zara? Dan senyuman semakin melebar di bibir Zara.

***
Sofea tersenyum senang bila mendengar berita yang dikhabarkan Faiz seketika tadi. Memang tidak salah pilihannya, ternyata Zara adalah calon yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab itu. Namun, masih ada perkara yang menggusarkan hatinya ketika ini, Faiz. Raut wajah suami kesayangannya itu tidak seceria wajahnya. Kenapa? Adakah Faiz tidak gembira dengan keputusan Zara itu? Tetapi kenapa?
“Abang, are you okay?” Langkah kakinya diatur mendekati Faiz yang tersandar lemah di kepala katil.
Faiz melemparkan segaris senyuman. “I’m okay sayang. Dah wangi dah sayang abang?”
Wajah Sofea dipandang tanpa jemu. Setelah mendengar khabar gembira dari Faiz, Sofea yang sedang terbaring lesu di atas katil terus bangun. Dengan wajah yang ceria dia terus memeluk suaminya dengan erat, menggambarkan rasa hati yang sedang gembira. Lalu dia melangkah ke bilik mandi dan berhias secantik mungkin. Semangatnya untuk hidup seolah-olah telah kembali.
Nik Sofea Anis
“Dah wangi dah...” Sofea mengucup pipi Faiz sekilas. “Betul ke abang okay? Ke abang risau tentang Zara?” Tanya Sofea lagi.
Faiz mengeluh kecil. Sebetulnya, dia memang sedang memikirkan tentang Zara. Dia masih tidak percaya bahawa Zara sanggup berkorban sehingga begitu sekali. Tidak dia sangka yang Zara masih menyimpan perasaan terhadap dirinya. Kenapa Zara baik hati sangat.
“Abang rasa bersalah sangat dengan Zara.”
“Kenapa pula?”
Faiz memandang anak mata isterinya. “Entah lah...but sriously, I felt guilty.”
Sofea mendengus geram. “Habis tu, abang nak cancel lah plan kita? Macam tu?”
“Entah lah, abang buntu Sofea. Abang tak tahu apa yang sepatutnya abang lakukan.”
“Buntu apanya? Kan Zara dah setuju, yang abang nak rasa bersalah nih kenapa?”
“Abang rasa macam abang ambil kesempatan pula, rasa macam selfish sangat. Tak tergamak rasanya nak buat Zara macam tu.”
“Maknanya, abang tak nak ada anak dengan Sofea lah ye? Sampai hati abang...” Sofea mula sebak. Kecil hatinya bila Faiz tidak sanggup berkorban untuk dirinya.
“Sayang...bukan itu maksud abang.” Tangan Sofea cuba digapai namun Sofea menolak kuat tangannya.
“Abang lebih pentingkan perasaan Zara daripada perasaan isteri abang sendiri kan...Sofea hanya minta sedikit pengorbanan dari abang dan Zara, itu pun tak boleh ke? Sofea bukan minta benda yang bukan-bukan sehingga boleh mencederakan sesiapa, Sofea hanya minta abang kahwin dengan Zara dan kemudian lahirkan anak untuk Sofea. Itu pun tak boleh ke?”
Bahu Sofea dipegang kemas namun dengan rakusnya Sofea meleraikan pegangannya itu.
“Don’t touch me! If you are not willing to do that, then just leave me alone. Go! I don’t wanna see your face anymore!” Jerit Sofea dengan lantang.
Habis segala bantal dan selimut dibaling ke arah Faiz. Dengan keadaannya yang masih belum pulih sepenuhnya, emosi Sofea sangat mudah terganggu.
“Calm down sayang, istighfar banyak-banyak...” Faiz masih cuba menggapai tangan Sofea.
“No! Stay away from me abang. Go! Just go!” Jerit Sofea lagi bersama linangan air mata yang deras menuruni pipi.
Akhirnya Sofea terduduk keletihan di sisi katil bersama esak tangis yang masih belum berhenti. Dengan kesempatan yang ada, Faiz lantas merangkul isterinya dari belakang.
“I’ll do it sayang... I’ll do it. For you and for our baby. Abang janji. Syhhh....jangan nangis lagi, okay?” Kepala isterinya dikucup perlahan.
Esak tangis Sofea masih kedengaran dan tiada tanda mahu reda. Kata-kata Faiz di telinganya di biarkan dibawa angin lalu, tiada hati untuk membalas kata-kata suaminya itu.

***
“Mama tak setuju!” Mata Puan Syarifah merah menahan marah. Ingatkan berita apalah yang ingin disampaikan puteri tunggalnya itu. Rupa-rupanya berita ingin menjadi isteri nombor dua. Apa sudah tidak waraskah anaknya itu.
“Ma please... I really need your support ma.” Rayu Zara lagi.
Sudah dia agak mamanya, Puan Syarifah tidak akan bersetuju dengan keputusannya, namun tidak disangka bahawa mamanya setegas ini. Sangkanya mamanya akan berlembut bila mendengar pujuk rayunya yang tanpa henti dari tadi.
“No means no Fatin Azzahra!” Dengan lantangnya Puan Syarifah bersuara.
Zara melangkah ke arah Tuan Lukman pula. “Pa help me pa... please...” Rayu Zara kepada papanya pula.
Kedengaran Tuan Lukman mengeluh perlahan. “You have many choices kakak, but why you choose to be his second wife?”
“Because I love him papa... Kakak sayang dia.”
“Habis tu kakak tak sayang mama dengan papa?”
“Papa! Kenapa cakap macam tu? Kakak sayang papa dengan mama lebih dari nyawa kakak sendiri pa. You shouldn’t ask that kind of question papa.” Kecil hati Zara bila disoal tentang kasih sayangnya terhadap ibu bapanya sendiri.
“Habis tu, kenapa kakak buat macam ni?” Soal Tuan Lukman lagi.
Zara tunduk diam. Benar Zara sayangkan papa dan mamanya, namun Zara juga sayangkan Faiz. Dari dulu hingga sekarang, rasa hatinya terhadap Faiz tidak pernah berubah walaupun status lelaki itu sendiri telah berubah. Lagi pula, dia merasa sangat bertanggungjawab untuk menolong sahabat baiknya itu.
“Listen here kakak, mama sebenarnya tak suka nak bergaduh atau berperang anak beranak macam ni. Kakak pun tahu kan mama tak pernah marah anak-anak mama, jauh sekali nak menengking segala. Tapi keputusan kakak untuk berkahwin dengan suami orang membuatkan mama tak boleh control rasa marah mama. Jadi, sebelum ianya menjadi lebih teruk, tolong lah kakak ubah balik keputusan yang kakak buat tu.” Puan Syarifah cuba berlembut.
Memang seumur hidupnya dia tidak pernah marah atau menengking anak-anaknya. Sekadar marah-marah sayang itu adalah. Tuan Lukman dan Puan Syarifah tidak suka menggunakan kekerasan di dalam mendidik anak-anak. Mereka lebih senang mengguna pakai cara yang lebih halus dan lembut iaitu menjadikan mereka seperti kawan baik yang mana boleh berkongsi rahsia dan senang dibawa berbincang.
“Mama...” Tangan Puan Syarifah diraih dan dikucup perlahan. “ kakak cintakan Faiz. Mama pun tahu kan perasaan kakak kat Faiz tak pernah berubah...”
“Kakak tak cuba sayang. Kalau kakak cuba, insya Allah kakak boleh lupakan dia.” Tangan Zara digenggam kemas bagi meyakinkan anak gadisnya untuk melupakan Faiz.
“I’ve tried many times ma, tapi tak boleh...” Air mata mula menitis membasahi pipi.
“Kalau betul pun tak boleh, tak kan la kakak sanggup berkongsi kasih dengan orang lain. It’s ridiculous kakak.”
“But ma...”
“Kakak, I think you should give us some time to discuss about this matter. Bagi papa dengan mama masa, boleh?” Tuan Lukman mengambil jalan tengah bagi mengelakkan berlaku seberang perselisihan faham antara Zara dan Puan Syarifah.
Zara memandang Tuan Lukman dengan mata yang masih dipenuhi dengan air mata. “Don’t worry sayang, everything will be fine...” Lantas Tuan Lukman memeluk Zara dengan kemas bagi mengalirkan sedikit semangat buat puteri kesayangannya.
Puan Syarifah merasa sebak melihat anak dan suaminya yang sedang berpelukan. Lalu langkah kaki diatur mendaki tangga ke bilik tidur di bahagian atas meninggalkan mereka sendirian di ruang tamu.

________________________________________________
Kat atas sana saya ada selitkan gambar Faiz, Zara dan Sofea. Sesuai tak???hehehe....Terima kasih sudi baca >_<

26 December 2012

Kopi Part 1

Assalamualaikum ^_^

I got an idea untuk tulis cerpen ni sewaktu sedang minum kopi. That's why tajuknya Kopi... Mungkin jalan cerita takde kaitan langsung kut dengan tajuk tapi itu je lah tajuk yang melekat kat dalam kepala saya sekarang. So, terima lah seadanya ye hehe.... Happy reading guys!

____________________________________________________________________

“Kopi lagi?!”
Zara senyum. Kepala dianggukkan sedikit.
“Kenapa suka kopi?”
“Sebab ia pahit.” Jawab Zara ringkas. Kopi panas disisip lagi.
“Suka sebab pahit? Pelik...”
Mug di tangan diletak perlahan. “Pahit pada awalnya, tapi manis di penghujungnya.” Segaris senyuman dilemparkan.
“Ah, tak payah nak sastera sangatlah Zara. Bagi aku, pape je yang pahit memang tak best. Macam ubat.”
“Tapi itu sebenarnya yang terbaik untuk kau kan?” Soal Zara pula.
Faiz terdiam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
“Kau hanya melihat secara kasar Faiz, terus engkau buat kesimpulan. Jangan jadi macam mereka, yang hanya tahu menghukum tanpa mengkaji baik buruknya.”
“Apa yang kau merepek nih Zara. Dah tetiba masuk mode serious pulak.” Kening Faiz bertaut, kurang selesa dengan gelagat Zara yang sudah mula berubah serious.
“Aku bercakap tentang kehidupan Faiz. Kehidupan kita tidak semuanya manis, ada juga yang pahit. Namun kau tetap laluinya juga kan sebab kau tahu ada juga yang manisnya dalam kehidupan kita. Sama seperti kopi yang aku minum ni.” Zara senyum semula. Tidak mahu merosakkan mood mereka mungkin.
“Entah kenapa, semakin  lama aku rasakan kau semakin pelik.” Zara direnung tajam.
Zara ketawa kecil. “Apa yang pelik?”
“Kata-kata kau.”
“Kata-kata aku tidak pelik Faiz. Aku hanya katakan apa yang aku rasa. Kau mahu tahu kenapa aku suka kopi kan? Jadi itulah jawapan aku.” Zara senyum lagi sambil menemukan bibir mug berisi kopi dengan bibirnya.
“Jadi, apa yang pahit dan apa yang manisnya dalam kehidupan kau?” Soal Faiz lagi.
Zara mengeluh kecil. Banyak tanya pula Faiz hari ini.
“Betul kau nak tahu?”
Faiz angguk sambil meneguk rakus jus epal di depannya.
Zara menunduk, nafas ditarik perlahan.
“Pahit bila kau tolak cinta aku...” kepala diangkat, bibir mula mengukir senyuman, “...manis bila kau masih sudi menjadi kawan baik aku.”
“Zara...”
***
6 bulan kemudian...
“Zara aku nak kahwin!”
Zara terdiam. Jantungnya berdegup dengan laju secara tiba-tiba.
“Zara kau dengar tak apa aku cakap ni?” Soal Faiz keras. Tengah-tengah panas macam ni boleh pulak Zara buat beku macam statue.
“Ye, ye, aku dengar. Kau cakap apa tadi?” Soal Zara seperti orang bingung.
Faiz tergelak kecil.
“Kau kenapa? Tadi kata dengar, tapi tanya pulak aku cakap apa. Aku nak kahwin la Zara.” Kata Faiz sambil tersenyum panjang.
“Ooo...” Lemah suara Zara. Kepala mula pening.
“Kau tak happy ke Zara?”
“Eh, mestilah aku happy. Kawan baik dah nak kahwin kan.” Senyuman paksa dilemparkan. Hati mula merintih namun wajah tetap dimaniskan. Semuanya kerana engkau Faiz.
Faiz ketawa bahagia. Akhirnya dia akan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hati. Perasaan gembira bertambah-tambah bila kawan baiknya sudi berkongsi rasa gembira yang sama.
Tetapi tidak bagi Zara, rasa gembira yang ditunjukkan hanyalah sekadar topeng yang melindungi rasa hatinya yang sedang kecewa. 

_______________________________________________

Pendek??? Ye pendek je... Kenapa??? Sebab nak kasi suspen sikit...heheee 
Terima kasih sudi baca! >_<

24 December 2012

Blogger

Assalamualaikum ^_^

*Perhatian! Ini adalah entry syok sendiri namanya. Sila bersedia untuk euwwww..euwww...atau uwekkk...uwekkkk..Sekian terima kasih.*   ^_*

I want to share something. Wah, tak ada intro panjang-panjang ye kali ni, terus masuk ke main point. Erm dah setahun lebih saya involved dalam dunia blog dan dalam masa setahun lebih ini lah saya dapat kenal dengan ramai orang from different places, different background and have a different idea. Seriously best sangat bila dapat share the ideas or stories dengan readers dan lagi best bila ada yang sudi bagi komen, positif or negatif.

But the thing yang saya nak share is not about my experience as a blogger ke hape. Perkara yang saya nak kongsi dengan anda semua adalah tentang seorang blogger yang sama nama dengan saya, As. Saya lupa macam mana saya kenal dia. Kalau tak silap, through blog Aiman Azlan kot. Ya, ya, ya, the famous blogger and vlogger tu. Haaa, yang itu pun antara salah seorang blogger yang from nobody to somebody yang saya kenal. Eh, eh, dah cakap belit-belit nih kenapa?! Okay lah, enough said pasal Aiman because he is not the main character that I'm gonna talk about.

Kami, me and As tak kenal rapat pun. I'm a silent reader at her blog actually hehehe. Saya suka baca blog dia sebab very islamic and inspiring. Kalau tak percaya, boleh TEKAN SINI.I don't know how is she or how she looks like ke apa. Yang saya tahu, dia tak sihat. But I'm not very sure dia sakit apa. Atau saya yang tak alert?! Ohooo never mind.

One day tu kan, I got a comment for my unfinished cerpen. Yes, a comment from her. Haa??? Which cerpen??? Erm banyak sangat ke cerpen saya yang separuh jalan tu? Hurm tak apa lah, tak payah susah-susah nak cari, ini komennya...

'Tahniah dah grad :)'
'Teruskan buat apa yang kita minat, moga disitu Allah lorongkan kebaikan. Ameen!'

Touching... That's how I felt bila saya baca komen dia. Tak tau kenapa, maybe sebab out of nowhere tetiba je dia bagi komen yang sangat-sangat adorable macam tu. Dia kasi komen kat cerpen yang paling tak best pulak tu hahaha....cerpen yang dah lama bebenor dah ha. Rasa macam nak je jumpa dia and cakap thanks sangat-sangat, nak cakap yang saya appreciate sangat-sangat komen yang dia kasi tu. Wah, excited terlebih pulak kan. Macam la artis yang bagi komen sampaikan beria sangat nak say thanks segala.

Maybe orang akan fikir, 'eh eh budak nih pesal yang jakun sangat, orang komen kat blog pun nak kecoh ke? It's normal la dear little kiddo. Macam budak-budak la you nih.'

Ah, tak kisah lah orang nak cakap apa, yang penting saya sangat gembira dengan komen itu. I'm her silent reader okay, seriously tak expect pon yang dia akan baca my blog then bagi komen segala. Tapi kan, dah lama dah dia tak update blog, since august kalau tak silap. So, there's no latest update about her anymore. Hope to hear some news from her soon and I wish she is in a good condition with the people she love.

Ahaaa....itu lah perkara yang saya nak share sebenarnya hewhewhew. Eh, eh, I do appreciate other komen jugak tau. Pada yang sudi komen tu thanks banyak-banyak. Yang tak komen tu, it's okay saya faham hehehe...silent reader kan, macam saya jugak ekekeke.....

Okay lah, itu saja iklan untuk hari ini. Terima kasih sudi baca >_<






20 December 2012

Aku Bukan Untuknya?

Assalamualaikum ^_^

Here's my another cerpen. Cerpen yang ditaip secara tiba-tiba, that's why this cerpen sangat pendek...eh, eh, boleh pulak macam tu kan hewhewhew... Dan macam biasa, sorry in advance kalau tak best. The idea was there but I'm not creative enough to make it more sweet and awesome huhuhu... Pape pon, enjoy your reading guys! >_<
_______________________________________________________________________

Aku terdiam, perlahan tubuhku melurut jatuh dan tersandar di dinding rumah. Kepala menekur lantai bertongkatkan lutut. Malu, sungguh aku malu. Segala penolakan yang aku lakukan terlakar kembali di kotak fikiran. Angkuh benar aku menolak lamaran mereka yang tidak bersalah. Angkuh benar aku menyatakan cintaku sudah dimiliki. Angkuh benar aku menggambarkan kebahagian kami. Yang nyata, ia hanyalah omongan kosong yang aku cipta. Yakin sungguh aku mengatakan bahawa kami berkongsi rasa yang sama sedangkan segalanya hanyalah khayalan aku belaka. Bodoh! Itu saja yang mampu aku katakan.
“Hannah be strong okay. Maybe dia bukan jodoh kau.” Lily menepuk perlahan bahu aku.
Be strong?! Easier said than done.
“Aku malu Lily. Kenapa aku begitu bodoh mempercayai segala yang dia lakukan adalah kerana rasa cintanya terhadap aku. Bodoh betul.”
“Hey, tak baik cakap macam tu. Kau tak bodoh, cuma kau terlalu cintakan dia dan engkau telah dikaburi oleh rasa cinta itu sendiri. Listen here Hannah, perasaan cinta, kasih dan sayang adalah diluar kawalan kita. Kita tak boleh halang rasa itu untuk hadir atau hilang begitu saja.”
“Tapi aku angkuh Lily, terlalu angkuh menyatakan bahawa kami berkongsi rasa yang sama sehinggakan aku sanggup menggores hati mereka yang tidak bersalah.”
Mataku terasa panas, mungkin sesaat dua lagi air mata akan mengalir keluar.
“Aku rasa, cukuplah setakat ini aku menyimpan perasaan terhadapnya. Betul kata kau, dia memang bukan jodoh aku. Aku hanya bertepuk sebelah tangan dan macam biasa, sentiasa memalukan diri sendiri dihadapannya. Tidak sedar diri betul aku nih kan.” Aku tergelak kecil, menahan kepedihan yang mencengkam hati.
Lily memeluk perlahan bahuku dan saat itu air mata sudah mencurah keluar seperti air hujan. Mulai saat ini, tiada lagi nama dia di hatiku. Aku harus cuba melangkah meninggalkan segala kenangan aku dan dia yang hanya indah di mataku, tetapi bukan di mata dia. Aku harus melangkah untuk mencari pemilik hati yang baru kerana ternyata dia bukanlah pemilik hatiku yang aku cari. Aku mesti melangkah pergi meninggalkan rusuknya kerana ternyata aku bukanlah tulang yang tercipta untuk rusuknya yang kekosongan itu.

***
Selesai menunaikan solat Isyak, aku masih berteleku di sejadah. Tolakan pintu dari arah luar aku biarkan sahaja.
“You dah selesai solat?”
“Dah.” Jawapan dingin aku berikan.
“Kenapa tak tunggu I?”
Soalannya aku biarkan begitu sahaja. Buruk sungguh perangai aku kan, baru kahwin terus buat dosa dengan suami.
Kedengaran tapak kakinya melangkah ke arah bilik air dan bayangannya terus hilang di sebalik pintu itu.
Sungguh tidak terlintas sedikit pun di hatiku untuk menyakiti hatinya, cuma aku masih belum boleh menerima kehadirannya di sisiku sebagai seorang suami. Peristiwa enam bulan lepas terlayar kembali di kotak fikiranku.
“Kenapa mama dengan baba terima pinangan dia?” Soalku keras. Penat pulang dari kerja belum pun hilang, aku telah dikejutkan dengan berita tentang pinangan keluarga Haji Rauf terhadapku untuk anak bongsunya, Mohd Nadin.
“Dah tiga kali mereka datang pinang Hannah, tak tergamak rasanya kami nak menolak. Lagi pun mama rasa Nadin tu ikhlas nak memperisterikan Hannah.”
“Ye Hannah, baba rasa sudah sampai masanya untuk Hannah berumah tangga. Orang-orang tua selalu cakap, jangan selalu sangat menolak, takut nanti peluang yang ada tidak akan datang lagi.”
Rasa sakit mencengkam hati. Memang aku akan terima apa saja peluang ada tapi kenapa harus dengan dia? Tak puas hati betul la.
Sebulan kemudian aku telah ditunangkan dengan Mohd Nadin dan dalam masa tiga bulan, kami akan dikahwinkan. Sungguh tiada rasa gembira mahupun teruja untuk mendirikan rumah tangga. Segala persiapan majlis perkahwinan aku mama yang uruskan. Aku hanya menyediakan wang sahaja. Begitu juga dengan dia, segalanya umi dia yang uruskan. Aku tidak terkejut dengan apa yang terjadi kerana sudah ku agak. Cuma, orang tua aku serta orang tuanya agak bising bila kami langsung tidak memberi komitmen untuk majlis yang akan diadakan.

***
Hati menidakkan, namun tanggungjawab sebagai seorang isteri harus aku jalankan.
“You, esok I dah start kerja tau. So, kita pergi honeymoon lain kali je lah ye.” Kata Nadin sambil mengemaskan letak pakaiannya di badan.
Sungguh aku tidak terkejut dengan kata-katanya. Dengan keadaan kami yang macam kahwin paksa nih, tak kan lah dia masih ada hati nak berbulan madu dengan aku kan.
“It’s okay.” Langkah kaki ku atur untuk keluar dan dia hanya mengikut dari belakang.
“You tak kisah ke?”
Langkah kaki terus terhenti saat mendengarkan soalan dari mulut Nadin. “Why should I?”
Kedengaran Nadin mendengus perlahan. “Bukan ke honeymoon adalah saat yang paling di nanti-nantikan oleh setiap wanita yang baru berkahwin?”
“Encik Mohd Nadin, what is wrong with you huh? You nak apa sebenarnya? Perlu ke you provoke I dengan soalan-soalan macam tu? Dah bosan sangat ke sampaikan nak cari gaduh dengan I pulak?”
Nadin terus melangkah pergi tanpa menjawab satu pun soalan yang aku ajukan kepadanya.
Itu bukanlah kali pertama dan kali terakhir aku dan Nadin bergaduh kerana perkara kecil.
“I ada seminar kat Jakarta next week. I’ll be away for three days...” Kata Nadin sewaktu aku sedang menyiapkan baki kerja yang aku bawa pulang.
“Okay...”
“and I want you to come with me.”
Ufh...lawak apa pula yang Nadin nak nak buat nih.
“Kenapa I nak kena ikut you pula.”
“Because you are my wife!” Jawabnya tegas sambil matanya tajam memandang ke arah aku.
Nafas perlahan aku lepaskan. “Don’t be ridiculous boleh tak. I have my own commitment la. I kerja okay, I’m not a full time housewife yang boleh ke hulu ke hilir dengan you.” Malas rasanya nak melayan perangai Nadin yang macam-macam nih.
“Minta cuti la, tiga hari je kut, tak kan tak boleh...”
“You ingat senang ke nak minta cuti dalam keadaan kerja berlambak macam ni. You pergi sorang je lah. Lagi pun you pergi kerja kan and for sure you will have no time for me there. You nak I tercongok kat hotel tu ke? Daripada I tercongok kat hotel sana, lebih baik I kat sini, pergi kerja macam biasa ada juga....” Belum sempat manghabiskan kata-kataku, lantas Nadin memotong...
“You selalu macam ni kan, suka gaduh dengan I, tak dengar cakap I, suka melawan. What is wrong with you Hannah? Apanya yang you tak puas hati sangat dengan I? I ajak you ikut I sebab I nak spent more time with you, alone. Kat sana nanti I bukannya kena attend seminar tu 24 jam, I still have time for you. Tak boleh ke you ikut je cakap I? Kali ni je Hannah.”
Wajah Nadin kelihatan marah. Ye, dia marah dengan aku. Tapi, apa perlunya aku ikut dia ke sana kalau hubungan kami tidak seperti pasangan suami isteri yang lain, tawar dan hambar.
“You ingat I suka sangat ke nak gaduh dengan you. Dah lah Nadin, I penat. Penat nak fikir pasal masalah kerja, penat nak fikir pasal you...” Kertas kerja yang bertaburan aku selitkan saja di dalam fail yang ada. Mood kerja aku sudah hilang. Semuanya gara-gara Mohd Nadin.
“Penat nak fikir pasal I? So, I nih beban la bagi you? Macam tu?” Nadin sudah tercegat di depan meja kerja aku.
“Ya Allah, yang you fikir sampai macam tu sekali kenapa?”
“You yang buat I fikir macam tu Hannah...” Masih tegang nada suara Nadin.
Aku turut bangun... “I bukan saja-saja nak gaduh dengan you atau melawan cakap you, cuma I tak rasa yang I perlu ikut you ke sana because we are not what we are. You know what I mean right?”
Nadin diam, namun matanya masih tajam  memandang ke arah aku. “I think, you should just leave me alone. Mungkin kita perlu masa untuk bersendirian...”

***
“Hai Hannah, macam mana hidup dengan suami tersayang? Happy?” Soal Lily ceria.
Gembira?! Gembirakah aku dengan kehidupan aku sekarang? Masing-masing buat hal sendiri. Makan pakainya tetap aku jaga. Dia juga sentiasa memberi aku wang belanja. Kelihatan seperti pasangan normal bukan. Tetapi, kami sebenarnya tidak normal seperti pasangan yang lain. Bila kami asyik bersilisih faham saja bila berbicara, kami lebih senang bercakap hanya bila perlu sahaja. Bila di depan ahli keluarga yang lain, kami lebih banyak tersenyum dari berkata-kata. Duduk satu rumah, tidur satu katil tapi kami tetap macam orang asing.
“Hey, kau dengar ke tak aku tanya?” Bahuku di tolak perlahan.
“I’m married to a stranger Lily.”
Lily melopong, dan aku masih tersenyum sambil melemparkan pandangan kosong ke luar bangunan.

***
Ruang tamu mama dan baba dipenuhi dengan kehadiran kedua ibu bapa mertuaku. Aku dan Nadin mengambil tempat di bahagian tepi berdekatan dengan kerusi mama dan baba. Semua kelihatan serious. Aku tahu, mesti ada sesuatu yang penting akan dibicarakan. Dan yang penting itu adalah tentang kami berdua.
“Tujuan kita semua berkumpul hari ini adalah untuk berbincang tentang Hannah dan Nadin, tentang kehidupan kamu berdua yang tidak seperti pasangan suami isteri yang lain.” kata baba.
Sudah ku agak. Aku menjeling Nadin di sebelah, masih tenang. Mungkin dia juga sudah mengagak apa yang ingin diperkatakan seperti aku jua.
“Kami tengok rumah tangga kamu suram dan dingin saja. Kenapa Nadin?” Ayah mertuaku sudah mula menyoal.
“Kamu berdua ada masalah ke? Kalau ada masalah berbincang lah elok-elok. Kalau rasa tidak mampu menyelesaikannya sendiri, kamu berdua boleh rujuk dengan kami.” Umi menyambung bicara.
Mama aku lihat mengangguk saja. Turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh besannya.
Kami masih diam tanpa bicara. Sungguh aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Nadin juga turut berdiam diri, membiarkan saja orang tua kami membuat telahan sendiri.
“Kalau senyap begini, sampai bila-bila pun masalah tak akan selesai Hannah, Nadin.” Baba sudah berubah wajah. Geram gamaknya melihat kami yang masih berdiam diri dari tadi.
“Tolong bagi kami masa, kami akan cuba selesaikan segalanya sendiri.” Nah, Mohd Nadin sudah mula bersuara. Hatiku mula berubah rentak.

***
Nadin di hujung kerusi sebelah kanan manakala aku pula di hujung kerusi sebelah kiri. Terdapat ruang yang sangat luas di antara kami.
“Kita perlu selesaikan masalah kita Hannah.”
“Masalah apa?” Soalku malas.
Pantas Nadin memandang ke arahku. Barangkali terkejut mendengar soalanku yang menyakitkan hati itu.
“Masalah antara kita Hannah.” Suaranya sudah mula kedengaran keras.
“Antara kita tak akan ada masalah Nadin kalau you tak datang pinang I walaupun dah banyak kali I tolak.” Jawab ku selamba.
Matanya membuntang. Marah mungkin.
“Jadi you menyesal kahwin dengan I?” Soalnya tajam.
“Tak, I tak menyesal. Cuma sedikit ralat.”
“Why?”
“Entah.”
“Don’t be ridiculous Hannah.” Nada cuak Nadin mula kedengaran. Bosan dengan jawapan aku yang agak menyakitkan hati.
Aku menarik nafas perlahan. “Let me ask you one question Mohd Nadin.”
“What?”
“Kenapa you still nak kahwin dengan I sedangkan you didn’t love me. Never!”
Soalan yang sudah lama tersimpan kemas akhirnya aku luahkan.
“Who said so?” Soalnya pula.
Aku merengus kecil. Kenapa soalan perlu dijawab dengan soalan. Kenapa?
“Tak perlu orang cakap pun I dah tahu lah.”
Nadin tergelak kecil mendengar kata-kataku.
“You are wrong Hannah. So, so, wrong.”
“Part mananya yang I salah? Cuba you cakap!” Geram sungguh tengok dia tergelak macam tu.
“Part yang I didn’t love you.”
“Tak payah nak tipu I lah Nadin. Your lies makes me sick.” Nadin di sebelah aku renung tajam.
“I tak tipu Hannah. Tak pernah sekali pun dalam hidup I, I tak cintakan you.” Nadin kembali tenang dan masih elok bersandar di kerusi.
“I tak percaya.” Sungguh aku tak percaya. Kalau betul dia cintakan aku, kenapa dia tidak pernah katakan ketika aku sudah jatuh cinta dan sayang tahap kritikal terhadapanya suatu ketika dahulu? Kenapa dia tidak pernah mengiakan apa yang aku rasa sebelum ini? Kenapa rasa cintanya tidak pernah selari dengan perbuatannya? Kenapa?
“I sedar tentang perasaan you terhadap I suatu ketika dahulu. I juga tahu yang you sanggup tolak lamaran mereka semua sebab I, sebab you tunggu I.”
Hatiku mula sebak mengenangkan perasaan yang pernah wujud terhadapnya. Tubir mata mula berair.
“Percayalah, yang I juga rasa apa yang you rasa. Cuma, I tak tahu macam mana nak luahkan. You tahu kan I macam mana dulu. Soulless, kayu, patung cendana, tak tahu how to express my feeling.”
Air mataku mula menitis. Dengan rakus tanganku menyapu air mata yang mengalir di pipi. Tanpa aku sedar, tangannya mula menarik tangan aku dan digenggam erat.
“Dulu I teringin sangat nak pegang tangan you, nak belai pipi you. Tapi I tak pandai. Bodoh kan I, benda senang macam tu pun tak reti.” Dia tergelak kecil.
“ Lagipun waktu tu kan kita bukan muhrim. That’s why I suruh ayah dengan umi pinang you walaupun berkali-kali you tolak. I want you to be my wife Hannah so that I can touch you, hold you and put you in my arm.”
Okay, I’m speechless. Tapi....
“But why you buat tak tahu je tentang persiapan perkahwinan kita? Semuanya you serahkan kat umi kan seratus peratus.”
Nadim senyum lagi. Eh, eh, suka senyum pulak dia.
“Sebab I memang tak pandai bab hantaran, pelamin, warna tema semua. Nak tanya you tapi you asyik moody je. Jumpa I pun nak tak nak je kan, macam kena kahwin paksa.”
Bahunya aku tolak perlahan. Suka hati je kutuk aku tak pakai insurans.
“You la buat I moody macam tu. Buat I sakit hati, buat I syok sendiri dan yang paling teruk, buat I malu tergila-gilakan you macam tu.” Air mata yang hampir kering mula basah kembali. Sedih kot bila ingat balik yang part syok sendiri tu. Buat malu kaum je lah.
“Alololo sorry sayang. I memang tak reti bab feeling-feeling segala. I think I should read more books bout that. Ada ke buku pasal hati perasaan nih kat kedai ek?”
Kali ini bahunya aku tumbuk kuat. Main-main je kerjanya.
“Adoi! Sakit la Hannah.” Bahunya digosok perlahan.
“Pape pun, I want you to know that I’m truly love you and please do remember that okay dear.”
Macam tu je penyelesaiannya. Namun aku angguk jua. So, selama ini aku hidup dalam salah faham saja lah. Salah faham tentang isi hatinya dan salah faham tentang rasa hatiku. Nasib baik jodohku tetap kuat dengan Mohd Nadin. Alhamdulillah...

TAMAT
____________________________________________________

p/s I love U : Terima kasih sudi baca ^^

15 December 2012

Accidentally On Purpose Final

Assalamualaikum ^_^

Okay ini yang final part. Again, sorry in advance kalau tak best hewhewhew... Pape pun, terima kasih sudi baca. >_<
_______________________________________________________________________

Aku pandang dia, dia pandang aku. Kak Maria di sebelah sudah menongkat dagu. Letih agaknya melihat gelagat kami yang macam patung bernyawa ini. Semalam, aku tidur lewat gara-gara nak siapkan soalan yang aku nak tanya kat encik yang kat depan aku nih. Banyak jugak lah soalannya, semua aku tulis ikut turutan. Tapi sekarang aku rasa semua soalan yang aku nak tanyakan itu sudah hilang. Yang mana nombor dua, yang mana nombor satu pun aku dah tak tahu.
“Awak nak tanya apa?” Suara Encik Zill kedengaran perlahan.
“Kenapa encik tanya saya soalan macam tu sewaktu interview dulu?” Ohoi, Hanis dah mengungkit apa yang terjadi lapan bulan lepas la.
Encik Zill senyum saja. Ish senyum mengejek ke apa ni?
“Sebab saya tengah cari calon isteri.” Jawabnya ringkas.
“Jadi, encik tanya soalan tu kat semua candidate la?” Tiba-tiba hati aku panas ni kenapa?
“Tak, saya tanya kat awak sorang je.” Dia senyum lagi. Berbeza sungguh dengan karakternya sewaktu interview aku dulu.
“Encik tak sepatutnya tanya soalan macam tu sewaktu menemuduga calon tau tak. Tak beretika namanya.”
“Owh just drop the subject Hanis. This is not what we’re going to talk about, right?”
Okay muka aku dah blushing. Entah kenapa mudah sangat muka aku bertukar warna bila berdepan dengan Encik Zill Qayyim ini. Kak Maria di sebelah masih menyepi.
“Fine, kenapa encik lamar saya? Kenapa encik lamar saya melalui Kak Maria? Kenapa encik tak cakap directly kat saya? Kenapa encik siap beli cincin segala? Kenapa encik tak gentleman macam orang lain? Kenapa encik suka saya? Kenapa encik?”
“Wowowo...nih dah kenapa banyak sangat soalan ni? Dah macam nak gaduh pula.”
Kak Maria tergelak kecil. Seronok la dia boleh tengok drama free hari ini. Aku berdiam diri. Protes sebab dia tak nak jawab soalan aku yang meletup pom pang pom pang tadi.
“Okay let me answer it one by one okay. Love at the first sight, tak semua orang dapat peluang itu tapi percayalah itu yang terjadi sewaktu kali pertama saya melihat awak pada hari awak melangkah ke bilik saya dulu. Saya lamar awak sebab saya nak awak jadi isteri saya, seorang yang halal bagi saya dan saya beli cincin tu just to show you how serious I am. Saya sampaikan hajat saya melalui Maria sebab saya takut awak tidak sudi untuk berjumpa dengan saya dan mendengar apa yang ingin saya sampaikan. Puas hati?”
Aku terdiam. Memang la encik nih serious, serious nak kahwin dengan aku. Aku pula? Serious aku confius. Nak tolak tapi hati tak rela, nak terima tapi hati belum bersedia.
“Tak cepat sangat ke?”
“Benda baik, buat apa dilambat-lambat kan.”
“Tapi saya bukan kenal sangat dengan encik.”
“Kita boleh berkenalan lepas kahwin.”
“Tak takut nanti dah kahwin kalut pula nak bercerai sebab tak serasi ke apa.”
“Kita doakan yang baik-baik saja nanti.”
“Macam mana encik boleh yakin sangat nak kahwin dengan saya?”
“Saya tidak pernah meragui petunjuk Allah.”
Okay faham!
“Tapi saya baru 23, encik dah 34 dah.”
“Kita semakin tua Hanis, bukannya semakin muda. Perbezaan umur tidak menjadi masalah kepada saya.”
“Tapi encik bagi cincin maknanya kita dah bertunang lah ye.”
“Itu cuma cincin tanda. Cincin tunang nanti saya beli yang lain.”
“Tapi saya tak nak tunang.”
“Okay kita kahwin terus.”
Erk! Salah cakap ke?
“Eh tak nak! Erm macam ni la, kita declare dulu.”
“Declare apa? Couple?”
Aku angguk perlahan sambil tersengih-sengih macam orang tak betul.
“Tiada istilah couple dalam islam Hanis.”
Bukk! Kena sebijik atas muka.
“Baik lah encik, saya ikut saja apa yang encik mahu.” Aku tunduk perlahan. Rasa tersindir sangat.
“Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak buat Hanis terasa ke apa. Maafkan saya ye.”
Ohoiii suara, awat lembut sangat ni Encik Zill oiii. Ala ni yang rasa nak nangis ni. Touching mak!
Senyuman manis aku berikan tanda maaf diterima. Cewah, mengada sungguh. Bukannya nak cakap ‘Eh tak apa encik, saya tak terasa sikit pun dengan kata-kata encik tadi.’
“Macam ni la, lagi dua minggu umi dengan baba saya akan ke rumah parents awak untuk bincang tentang perkahwinan kita. Before that, awak bagi tahu la sikit sebanyak tentang kita kat parents awak ye, takut nanti mereka terkejut pula bila tiba-tiba umi dengan baba datang rumah awak nanti. Kalau boleh dalam masa empat bulan lagi kita kahwin.”
“Hah! Empat bulan?!” Sungguh la encik nih tak menyempat tau. Empat bulan nak prepare semua benda tu nanti sempat ke? Mama dengan papa pun belum tentu lagi nak terima dia sebagai menantu, dah cakap soal nikah kahwin segala. Apa la yang dia kejarkan sangat? Dah lah tak romantik.
“Hanis, awak okay tak?”
“Encik bagi saya masa untuk bernafas boleh tak? Rasa macam tengah buat larian 400 meter je, semua benda nak cepat. It’s just too sudden la encik.”
“Okay I’m sorry if it seems like I’m pushing you too much.” Jelas kelihatan riak kecewa di wajahnya.
“Encik jangan risau, saya tak akan tolak lamaran encik. Cuma, tolong bagi saya masa untuk mencerna segala apa yang telah terjadi. Beri saya ruang untuk bernafas dan beri saya peluang untuk menerima encik perlahan-lahan ke dalam hidup saya. Boleh?”
Aku senyum bagi menghilangkan gundah di hati Encik Zill Qayyim. Akhirnya dia turut tersenyum. Mungkin sudah menerima segala apa yang aku katakan.
“Jadi, boleh kita balik sekarang?” Tiba-tiba Kak Maria mencelah.

***
“What?! Kau nak kahwin dengan dia? Kau biar betul Hanis.” Kesian Malin, terkejut yang amat sangat.
“Betul la, aku nak kahwin dengan dia.”
“Kau gila ke Hanis? Kau baru je kerja kat hotel tu, tak sampai setahun pun kan. Dengan dia tu pulak, kau bercakap pun tak, apa tah lagi bercinta. Kau fikir secara waras sikit boleh tak? Aku tak nak kau menyesal nanti.”
Malin mendengus kecil. Marah benar dia dengan aku. Ya memang aku agak terburu-buru tapi aku rasa ini lah yang terbaik untuk aku. Lagi pula, Encik Zill bukannya orang jahat sampaikan Malin nak marah aku sampai macam ni sekali. Dia orang baik okay, asal dari keturunan baik-baik juga. Macam mana aku tahu? Aku tahu la, bakal suami aku kan. Dua hari lepas aku ke rumah dia dengan Kak Maria. Umi dia jemput aku makan tengah hari kat sana. Secara tidak langsung ingin mengenali aku dengan lebih dekat lagi. Mama pernah cakap, kalau seseorang itu serious sukakan kita, dia mesti bawak kita berjumpa dengan mak ayah dia. Kalau dia buat macam tu, maknanya dia tak main-main la.
Dalam masa dua minggu ini juga, aku ada la sikit sebanyak buat research tentang Encik Zill melalui pekerja-pekerja kat hotel ni. Semua maklumat yang aku dapat, sangat positif. Dan yang lebih meyakinkan aku adalah petunjuk dari Allah S.W.T. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Mujurlah aku tidak terus menolak sewaktu Kak Maria menyampaikan hajat Encik Zill hari tu, kalau tidak mesti aku menyesal sebab menolak sesuatu yang sangat berharga.
“Insya Allah aku tak akan menyesal Malin. Kau jangan la macam ni, kau kan kawan baik aku. Sepatutnya kau sokong semua keputusan aku tau.”
Malin menjeling sekilas. Marah lagi lah tu.
“Macam mana aku nak sokong kau, aku kenal pun tidak dengan encik kesayangan kau tu.”
“Hey, dia bukan encik kesayangan aku lah.”
“Kau tak sayang dia? Habis tu buat apa kau nak kahwin dengan dia?”
“Aku mengaku yang rasa sayang, kasih dan cinta belum wujud dalam diriku terhadap dia tapi aku yakin yang semua itu akan hadir selepas kami kahwin nanti.”
“Kau pasti?”
“Pasti!”
“Okay sekarang cerita kat aku macam mana kau boleh seyakin ini untuk terima dia dalam hidup kau.”
Aku senyum. Akhirnya, Malin dah mula sejuk.
“Aku yakin dengan dia sebab dia lamar aku untuk menjadi isteri dia, bukan untuk menjadi kekasih dia. Antara ex aku yang dulu, Hazim dan dia, hanya dia yang mampu mendamaikan hati aku. Aku tahu, this is too soon right? Tapi soal hati dan perasaan Malin, siapa yang boleh tolak.”
Sejujurnya, aku dah tak tahu nak terangkan macam mana lagi dah kenapa aku terus terima lamaran dia. Yang aku tahu, hati aku tidak mahu menolak ditambah pula dengan segala petunjuk yang aku dapat, maka aku yakin dengan keputusan aku.
“Okay, okay, aku terima keputusan kau. Aku akan sokong kau dari belakang. Nanti jangan lupa kenalkan aku dengan encik kesayangan kau tau.”
“Hahaha banyak lah kau punya encik kesayangan. Iya nanti aku kenalkan. Lagi pun aku memang akan bawak kau tiap kali nak jumpa dia sebab dia tak nak kami keluar berdua saja. Nanti akan ada yang ketiga katanya.” Aku tersenyum bila mengingatkan kata-kata Encik Zill itu.
“Wow! Bagusnya dia. Tapi kalau aku tak ada macam mana? Korang tak boleh keluar lah ye?”
“Kalau kau tak ada, aku angkut la Kak Maria tu ha.”
“Kalau dua-dua tak ada?” Malin tersenyum sumbing.
“Aku suruh dia angkut umi dia. Tak pun angkut dengan baba dia sekali, senang.”
Kami gelak sakan. Perkara tak lucu pun boleh jadi lucu bila hati tengah senang.

***
Canopy – Check
Katering – Check
Bunga telur – Check
Tema – Check
Pelamin - ?
Baju pengantin - ?
Hantaran – ?
Doorgift - ?
Kad kahwin - ?
Alaaaa... banyak lagi yang tak siap rupanya. Alahai, macam mana ni. Tinggal dua bulan saja lagi sebelum majlis perkahwinan kami. Tensionnya!!!
“So, awak nak tempah pelamin ke tidak?”
“Nak la encik, tapi saya tak nak sanding.”
Encik Zill sudah menggaru kepala yang tak gatal.
“Tak nak sanding? Habis tu nak tempah pelamin buat apa?”
Heee aku sengih saja. Memang dari dulu lagi aku dah set dalam kepala yang aku tak nak sanding. Aku nak buat majlis akad nikah je.
“Untuk majlis akad nikah la. Kan sekarang ada macam-macam jenis pelamin untuk majlis akad nikah. Just the simple one. Nanti boleh la kawan-kawan saya semua posing kat atas pelamin tu. Tak best la kalau kahwin tapi tak ada pelamin untuk ambil gambar semua.”
Encik Zill menggeleng kepala sambil ketawa. Mesti dia fikir aku macam budak-budak kan. Ala apa nak kisah, aku baru 23 tahun, berjiwa remaja lagi tau.
“Okay fine, kita tempah pelamin untuk akad nikah je. Tapi rasanya kita kena tempah juga pelamin untuk sanding.”
“Hah?! Kan dah cakap tak nak sanding.” Aku dah tarik muncung dah. Amboi, mengada betul kan.
“Itu untuk majlis kat rumah saya la awak. Umi nak kita bersanding juga kat sana nanti.”
“Ooo... okay.”
“Okay nanti kita pergi tempah kat tempat yang awak cakapkan hari tu ye. Barang hantaran semua macam mana? Ada lagi ke yang tak beli? Saya, tinggal kasut je yang tak beli lagi.”
Aku tunduk, hee nak cakap ke tak nak ni. Karang dia mengamuk ke hape siapa yang susah.
“Erm... actually, satu apa pun saya tak beli lagi encik.”
“What?!”
Eee... ngeri... ngeri...
“Awak ni serious ke tidak nak kahwin dengan saya?” Suara dia sudah mula kendur.
“Serious la encik. Cuma, saya tak sempat nak beli itu semua.”
“Apa lagi yang awak tak sempat nak buat?”
“Erm beli barang hantaran, tempah kad kahwin, beli doorgift untuk tetamu. Ha, baju kahwin pun kita tak tempah lagi la encik.”
Encik Zill menepuk perlahan dahinya yang licin itu. Sakit kepala gamaknya melihat telatah aku yang nampak seperti tidak serious dengan majlis perkahwinan kami.
“Okay, kita buat semua tu hari ini.”
“Ha?! Sempat ke encik?”
“Sempat tak sempat belakang kira, yang penting semua settle hari ini juga.”
Lagi sekali aku tarik muncung tanda tidak puas hati. Kedengaran suara Kak Maria dan Malin mengekek ketawa di sebelah. Eh, lupa pula yang aku dah angkut mereka berdua untuk teman aku berjumpa dengan Encik Zill hari ini. Seronok la tu dapat tengok free show!

***
Setelah selesai menempah pelamin dan baju pengantin, kami meneruskan perjalan untuk mencari barang hantaran pula. Pelamin yang aku tempah untuk majlis di rumah aku simple saja, berwarna beige atau earth colour. Biar kecik asalkan cantik dan boleh memuatkan ramai orang untuk sesi bergambar nanti. Memang itulah tujuan utama aku menempah pelamin untuk majlis akad nikah. Baju pengantin yang akan aku pakai sewaktu majlis akad nikah nanti adalah gaun labuh yang ala-ala jubah berwarna peach. Diperbuat daripada kain satin yang mana dibahagian pinggangnya dililit dengan French Lace. Kat belakang pula diikat dengan reben besar yang juga diperbuat daripada kain satin. Bahagian bawah akan kelihatan sedikit beralun manakala di bahagian pergelangan tangan pula akan dikemaskan dengan butang sepanjang 10cm dan ditambah dengan hiasan batu permata. Tak sabar rasanya nak tengok bila dah siap nanti. Baju Encik Zill pula adalah sepasang baju melayu cekak musang juga berwarna peach beserta sampin yang sedondon.
Pada mulanya aku hanya ingin menyewa sahaja baju yang terdapat di butik itu, tetapi Encik Zill tetap berkeras mahu menempah yang baru mengikut citarasa aku. Biar mahal asal aku puas hati. Lagi pun, bukan selalu aku dapat pakai baju macam ini, sekali seumur hidup kot. Untuk majlis penting pula tu.  Pelamin untuk majlis di rumah Encik Zill pula kami memilih konsep moden kontemporari dan baju pengantin pula kami memilih untuk memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain songket berwarna light grey. Sesuai dengan pelamin yang berwarna turquoise.
“Encik, saya tak nak letak kasut kat atas dulang hantaran nanti.”
“Kenapa?”
“Tak manis pula rasanya letak kasut di atas dulang yang sama dengan al-Quran. Macam sama level pula kasut dengan al-Quran.”
Encik Zill mengangguk perlahan.
“Okay, kalau macam tu saya pun tak nak lah letak kasut kat atas dulang tu nanti.”
Aku senyum. Bahagia sungguh bila cadangan kita diterima dengan hati yang terbuka.
“Kak Maria dengan Malin okay tak? Senyap saja dari tadi.” Mereka di belakang aku jeling sekilas.
“Akak okay lagi, Malin nih je yang dah lentok.”
“Kesian, belum apa-apa lagi dah lentok dah Si Malin ni.” Aku tergelak kecil melihat muka Malin yang nyenyak tidur di bahu Kak Maria. Comel, macam baby.

***
Tinggal lagi tiga minggu sebelum majlis nikah aku dengan Encik Zill Qayyim. Alhamdulillah segala persiapan sudah hampir selesai. Aku berterima kasih sangat-sangat dengan Malin dan Kak Maria kerana telah banyak membantu aku untuk menyiapkan segala persiapan perkahwinan kami. Panggilan dari mama petang semalam tentang persiapan perkahwinan aku dekat kampung amat melegakan. Semua ditanggung beres katanya. Oh ya, majlis perkahwinan aku nanti akan diadakan di rumah datuk dan nenek belah papa aku. Papa juga sudah mengarahkan adik-beradiknya yang lain untuk pulang ke rumah datuk dan nenek aku di Ipoh bagi bersama-sama bergotong royong untuk majlis aku nanti. Semoga segalanya akan dipermudahkan nanti.
Hari ini, sekali lagi aku keluar dengan Encik Zill ditemani Malin. Setelah selesai membeli beberapa jenis barang keperluan harian, kami singgah makan di HR Steak House di Kampung Baru.
“Hanis, aku pergi toilet kejap ek.” Bisik Malin ke telinga aku lalu bergegas mencari toilet.
“Persiapan kat kampung macam mana, okay?” Tanya Encik Zill perlahan.
Aku angguk cuma.
“So, dah ready ke nak jadi isteri saya?” Tanya dia lagi berserta senyuman manis.
Hurmm... aku mengeluh perlahan.
“Saya risau la encik.” Jawab aku jujur.
“Risau kenapa?”
“Risau kalau-kalau saya tak boleh jadi isteri yang sempurna untuk encik.” Kepala menekur meja di hadapan. Sungguh aku risau yang amat. Nak menggalas tugas yang maha besar, siapa yang tak risau wooo...
“Awak jangan la risau Hanis. Marriage is not about being perfect. Marriage is about sharing, caring, loving and completing each other. If you were perfect, we should call off the wedding then. Sebab saya bukan lah seorang yang sempurna dan saya tidak layak untuk orang yang sempurna seperti awak.”
“Tapi saya tak sempurna encik.”
“So the wedding is on.”
“Okay saya pening, kejap on, kejap off. Pening lah!”
Encik Zill dah ketawa sakan, muka pun dah bertukar warna merah. Lucu sangat ke apa yang aku cakap tadi?
“Eh, apa yang gelak sangat ni?” Naa Malin pun terkejut kut tengok Encik Zill yang dah macam kena sawan gelak.
“Entahnya encik nih, aku cakap sikit je, dia punya gelak mengalahkan penonton Maharaja Lawak tu ha.” Ish tension mak!
“Tak ada la, Hanis nih ha, sibuk sangat pasal nak jadi isteri sempurna semua. Sempurna atau tidak, itu semua tak penting. Yang penting, Hanis tahu apa tanggungjawab Hanis sebagai seorang isteri, Hanis tahu jaga maruah Hanis sebagai isteri, Hanis tahu jaga maruah saya sebagai suami Hanis dan Hanis tahu jaga maruah kita sekeluarga. Betul tak Malin.” Jelas Encik Zill panjang lebar.
“A’a, betul apa yang Encik Zill cakap tu Hanis. Kau nih pun, tak payah la kalut sangat.”
Lengan Malin aku cubit perlahan. Ish makcik ni, tak support kawan langsung. Siap geng dengan Encik Zill pulak tu.
“Adoi! Sakit la makcik.” Malin tarik muncung.
Aku hanya menjeling tajam.
Encik Zill, gelak saja yang dia tahu.
“Seronok ye encik gelakkan saya. Tak apa, tak apa.”
“Apa encik-encik? I’m not your boss la Hanis, I’m your future husband. So, stop calling me encik.”
Aiyarkkk! Stop calling him encik? Habis tu, aku nak panggil dia apa?
“What should I call you then?” Haip Hanis, apa kes tanya-tanya orang pulak nih. Sendiri faham sudah.
“Call me abang. A.B.A.N.G. Abang!”
Okay I’m speechless. Actually, aku malu nak panggil dia abang sebenarnya. Segan dowh! Malin dah tersengih-sengih dah ha tengok drama swasta aku dengan Encik Zill. See, encik lagi. Memang payah la nak tukar panggilan nih semua.
“Saya dah ada abang la, yang kat Johor sana. Buat apa nak panggil encik abang pula.”
“So, awak tak nak panggil saya abang lah ye?”
“Tak nak.” Kepala aku gelengkan. Bersungguh-sungguh nih tau.
“Okay, kalau macam tu, awak boleh panggil saya sayang, kanda, manja, darling, hubby, bie atau apa-apa saja. But not encik. Ha... pilih-pilih.”
“Alaaa perlu ke pilih panggilan nih semua?”
“Perlu la.” Jawabnya ringkas.
“Okay fine, I’ll call you abang then. Yang lain-lain tu tak nak lah, euwww tau tak.” Berdiri bulu roma aku bila teringatkan panggilan manja yang Encik Zill senaraikan tadi.
“Apa euwww pulak, okay apa.”
“No! It’s either abang or encik, you choose. Cepat, sebelum tawaran di tutup.”
“Pulak dah?!”
Hee... aku tayang gigi je.
“Fine, I choose abang.”
Hee...kami sama-sama tayang gigi.
“Okay sekarang aku pulak yang euww tengok engkau dengan Encik Zill macam nih tau tak.”
Kata Malin selamba sambil mengunyah makanan yang terhidang di atas meja. Aku dan Encik Zill ketawa perlahan melihat telatah Malin.
“Hei Malin, makan tak tengok orang kiri kanan ye.” Sapa satu suara.
“Eh Hazim, kau buat apa kat sini? Eh Lisa pun ada.” Suara Malin kedengaran ceria.
Okay, aku dah nak tercekik dah nih ha. Kenapa la dalam ramai-ramai manusia kat Malaysia ni, boleh pulak kami terserempak dengan lelaki yang telah menghancurkan hatiku ini.
“Aku datang sini nak makan la, tak kan nak shopping kot. Eh Hanis, lama tak jumpa kan, sihat? Hanis tak datang wedding Hazim hari tu kan. So, kenalkan wife Hazim, Lisa.”
Erk, muka aku dah kelat semacam. Encik Zill di depan aku pandang sekilas.
“Hanis sihat. Hai Lisa.” Senyuman plastik aku hadiahkan.
Ya Allah, kenapa tiba-tiba rasa sedih sangat ni. Sabarlah wahai hati. Opps! Lupa pula nak kenalkan bakal suami aku yang kat depan ni. Hati tengah kacau, sampaikan bakal suami sendiri pun dah lupa.
“Eh by the way, kenalkan my future husband, Zill Qayyim.” Encik Zill tersenyum senang sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Hazim.
“Owh Hanis dah nak kahwin rupanya.”
“Hanis pun nak kahwin juga, bukan kau sorang je.” Tiba-tiba Malin bersuara.
Uik minah ni, selamba je. Aku mencuit perlahan pinggangnya. Malin mengangkat kening tanda tidak faham. Aku bagi isyarat mata kat dia, suruh dia diam. Malin nih bukan boleh harap, kalau dah bercakap, habis semua benda akan diceritakannya nanti. Semua mata memandang ke arah kami.
“Oh, hehehe... sorry guys, just kidding.”
Hazim tergelak perlahan. “Kau ni Malin, macam-macam lah. Eh okay lah, kami pergi dulu ye. Enjoy your lunch guys.” Selesai berkata-kata, Hazim terus menarik tangan isterinya untuk berlalu pergi.
“Hanis tak nak jemput diorang ke majlis kita ke?” Encik Zill bertanya.
“Ha?! Erm... entah.”
Tiba-tiba Encik Zill menghulur sekeping kad perkahwinan kami dan menyuruh aku menjemput Hazim dan isterinya. Nak tak nak, aku gagahkan juga diri ini untuk mengejar langkah kaki mereka.
“Hazim kejap!”
Hazim dan Lisa yang sedang melangkah ke arah parking pantas berpaling ke arah aku.
“Jemput la datang nanti ye. Kalau tak boleh datang yang kat Ipoh, datang la yang kat Shah Alam nanti.” Wajah aku maniskan tanda betapa ikhlasnya aku menjemput mereka untuk ke majlis aku nanti. Bukan macam Hazim tu ha, jemput orang ke majlis kahwin pun main pass-pass saja. Sentap I tau!
“Ingatkan Hanis tak nak invite kami tadi.” Suara Hazim kedengaran sinis saja di telinga aku.
“Insya Allah.” Jawab isterinya pula.
Aku senyum dan terus melangkah pergi. Malas nak layan kata-kata Hazim yang entah apa-apa.

***
Akhirnya, Hanis Lidiya binti Hilmi telah sah menjadi isteri kepada Zill Qayyim bin Johari dengan disaksikan oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat. Walaupun jarak umur sangat berbeza, itu semua tidak ketara kerana bentuk fikizikal aku yang kurus dan tinggi serta wajah yang matang membuatkan kami kelihatan sangat sepadan bila bergandingan bersama. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Begitu juga dengan majlis di rumah umi dan baba Zill Qayyim, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.
“Hanis, umi tanya, pukul berapa kita nak pergi rumah Uncle Rizal.”
Ada lagi? Letihnya... Umi cakap orang kahwin memang macam tu, kena melawat rumah sedara mara yang ada. Apa orang cakap, nak kenal dengan menantu baru. Erk, yeke? Erm macam tu lah lebih kurang.
“Abang, bagi Hanis tidur kejap boleh? Kejap je, erm dalam setengah jam macam tu. Then kita pergi la rumah Uncle Rizal tu. Boleh?”
Ini satu lagi fakta yang anda perlu tahu tentang Hanis Lidiya Hilmi, kalau aku mengantuk, it’s means I’ve to take a nap at least for 30 minutes. Ohooo...take a nap la sangat. Kalau tidak, harus lah migrain nanti.
“Ololololo... kesayangan abang nih letih ye?”
“Sangat...” Aku buat muka comel hihi. Nak raih simpati lah katakan.
“Okay, Hanis tidur lah, nanti abang bagi tahu umi yang kita pergi petang sikit.” Dahiku dicium sekilas.
“Thanks abang.” Pipinya sempat aku cium.
Encik Zill Qayyim tersenyum senang melihat telatah aku yang semakin lepas laku semenjak menjadi isterinya yang sah. Kata tak sayang. Haish, mengada betul kan kau Hanis!

***
Cameron Highland menjadi destinasi bulan madu kami. Common kan, asal bulan madu je mesti pergi sana. Habis tu nak pergi mana lagi? Paris? Milan? London? Memang tak la. Buat penat je lah kerajaan berhabis duit buat iklan Cuti-cuti Malaysia tu semua kalau rakyat Malaysia sendiri sibuk pergi bercuti kat luar negara sana kan. Actually Encik Zill nak pergi pulau, tapi aku tak nak. Tak tahu kenapa tapi aku memang tak suka pergi pulau tu semua. Akhirnya tercampak lah kami kat sini. Macam mana boleh tercampak kat sini, tak payah tanya. Biar aku dengan Encik Zill je yang tahu macam mana keh keh keh...
“Abang, Malin kirim salam.” Aku mengambil tempat di sisi Encik Zill.
Entah kenapa hatiku tiba-tiba terusik mendengar perkhabaran dari Malin tadi. ‘Wife Hazim tengah pregnant sekarang.’ Kata-kata Malin masih terngiang-ngiang di cuping telinga aku. Kenapa aku macam ni, aku dah ada suami lah.Ye, aku dah ada suami dan aku harus fikir tentang suami aku saja kerana dia lah pelindung aku dunia dan akhirat, insya Allah. So, stop thinking about him Hanis!
“Waalaikumussalam. Kenapa Malin call?” Tangannya masih sibuk melakar di dada Galaxy Tab.
“Tak ada apa-apa.”
“Betul ke tak ada apa-apa?”
“Betul.”
Encik Zill pusing mengadap aku, Galaxy Tab diletak tepi.
“Your mouth can lie, but not your eyes sayang. You’re hiding something from me right?”
Hurm, ni yang lemah ni. Memang la aku tak pandai nak menipu. Encik yang sorang ni pulak, bijak betul membaca riak wajah orang la.
“Okay fine, memang ada apa-apa.” Encik Zill senyum.
“So, what’s up?”
“But promise me, you won’t mad at me or merajuk ke apa. Promise?” Nak cerita tentang something yang sensitif kena la tuntut janji dulu. Persediaan awal lah katakan.
“Promise sayang. Now tell me, Malin cakap apa?” Tangan aku digengam erat seolah-olah menyalurkan sedikit kekuatan.
“Malin cakap... Hazim... wife dia, dah mengandung.”
“Really?! It’s a good news then. So, kenapa Hanis nampak sedih? Hanis jealous ye? Nak pregnant jugak?”
Ish dia nih, tak agak-agak tau. Encik Zill berdecit, menahan pedih akibat terkena sengatan jariku yang runcing ini.
“Hanis serious la abang...”
Encik Zill ketawa perlahan. “Okay... okay... serious. So, kenapa Hanis sedih sayang?”
“Hanis tak tahu...” Aku menundukkan kepala. Air mata tiba-tiba saja tanpa segan silu mula bergenang di tubir mata.
Kedengaran Encik Zill mengeluh perlahan.
“Sayang, abang tahu Hanis ada perasaan kat Hazim kan?”
Aku diam, angguk tidak geleng pun tidak.
“Abang tahu Hanis ada perasaan kat Hazim, I can see it. Walaupun pertemuan kita dengan Hazim di restoran hari tu cuma seketika, tapi abang dah boleh agak apa yang Hanis rasa waktu tu.”
Kepala aku diangkat perlahan dan mata kami bertentangan.
“Hazim sedang bahagia dengan isterinya dan anak yang bakal lahir. Hanis pula dah sah menjadi isteri abang. Jadi, Hanis nak abang buat apa sekarang?”
Hanis nak abang buat apa?! Jangan cakap yang Encik Zill nak tinggalkan aku. Oh tidak! Hanis, jangan fikir bukan-bukan boleh tak. Tak nak! Aku tak nak Encik Zill buat apa-apa pun kecuali, buat aku lupakan Hazim, itu saja sebab for god sake, aku dah mula sayang suami aku. Bila dan bagaimana, usah ditanya kerana aku sendiri tiada jawapannya.
“Hanis tak nak apa-apa, Hanis nak abang je.” Lantas aku memeluk Encik Zill dengan erat sambil menangis teresak-esak di bahunya. Dan Encik Zill turut membalas pelukan aku yang cengeng ini dengan kemas.
“Syhhh... jangan menangis sayang. Nanti mata Hanis bertukar jadi macam mata panda, dah tak comel lagi dah.”
“Hanis nak mintak maaf kat abang, Hanis tak sepatutnya ingat lelaki lain sedangkan Hanis dah ada suami. Tapi percayalah, rasa sayang Hanis kat Hazim memang dah lama lupus sejak dia kahwin dulu. Sekarang, Hanis betul-betul nak abang je. Sungguh Hanis tak tipu. Hanis mintak maaf sekali lagi sebab tak mampu menjadi isteri yang sempurna untuk abang. Baru kahwin, dah buat perangai macam-macam. Buruk betul perangai Hanis kan abang. Hanis mintak maaf, sungguh Hanis sayang abang dan Hanis akan sayang abang sorang je sampai bila-bila.” Bisik aku perlahan di telinga Encik Zill dan esak tangis aku kedengaran lagi.
“Ye sayang, abang tahu. Dah la, tak mau la nangis macam ni. Orang lain datang honeymoon happy je, Hanis nangis pulak.” Tangannya merayap perlahan di pipi aku, menyapu sisa air mata yang masih galak menuruni pipi.
“Hanis sayang abang tau. Abang kena ingat apa yang Hanis cakap ni sampai bila-bila. Hanis tak nak Hazim ke siapa ke, Hanis nak abang je. Abang kena sayang Hanis macam Hanis sayang abang tau.”
Ye, aku hanya sayangkan suami aku saja. Soal Hazim, ia hanya lah mainan perasaan yang sengaja ingin mengacau bilau hubungan kami suami isteri. Betul, apa yang terjadi ada hikmahnya.
“Ye sayang, abang tahu dan abang janji abang akan sayang Hanis seumur hidup abang. I will always be by your side and give all my love no matter what.”

‘It may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.’ (Al-Quran, 2:216)

-TAMAT-

__________________________________________________

Nak mintak maaf sekali lagi sebab ending cenggitu je, tak thrill or dramatik sangat. I think I should learn more about making a good ending huhuhu....