7 December 2011

Contengan Pengalaman Perjalanan Cari Tuhan

Assalamualaikum ^_^


"The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"


First time baca quote nih kat wall Hlovate, terus speechless plus lost sangat-sangat. Then macam terfikir, amende la kan yang diorang kecoh-kecoh sangat pasal quote nih. Special sangat ke sampaikan dah jadi hot topic pulak. Then saya post kat wall kawan saya and asked for her opinion. She said "orang tu nak berubah pada jam ke-12 tapi tak sempat sebab dah meninggal pada jam ke-11" (dah macam google translate pulak kan). So, saya fikir, fikir, fikir sampai migrain dan saya rasa saya dah dapat jawapan yang saya nak. 0_o



Pernah terfikir tak kenapa kita wujud kat dunia nih. Apa arah dan tujuan kita yang sebenarnya, apa tugas dan tanggungjawab kita kat dunia nih. Sedar ke tidak yang kalimah syahadah tu besar tanggungjawab nak kena pegang.


"Kalimah syahadah yang kita lafaz tiap-tiap hari tu pon ada tanggungjawab kita ke atasnya. Nak menegakkan kebenaran syahadah. Macam orang kawin la. Habis je lafaz nikah, gedebuk tanggungjawab kat bahu." ~ Fend~


Fend, mula mencari erti hidup bila secara tak sengaja jumpa dengan gadis bertudung yang minat art & muzik, Lia-Musalmah. Mula mencari maksud 'The Eleventh Hour', selepas tengok cd yang Lia bagi. Mula mencari maksud short film yang tak semua orang faham. Terus call Chad tanya soklan random, maksud The Eleventh Hour dan macam mana nak buat sujud syukur.


Chad, 'The Cowboy' tercampak kat Texas sebab nak cari ilmu dunia. Cousin si Fend yang salu susah senang bersama dah macam adik berdik kembar pon ye jugak. Suka buat idea random dan suka buat benda sesuka hati, tak suka ikut orang ke hape. Salah satu idea random yang keluar dari kotak fikiran Chad, ajak Fend join backpack travel kat Australia tengah-tengah bulan ramadhan.



Tapi tapi tapi kat tanah Aussie jugak lah Fend dan Chad kenal ngan orang berkulit hitam, putih dan sawo matang. Dapat pengajaran dari pengalaman hidup Imam Zakariyya, Tok 'Abdul Kadir, Bapak Tono, Brother Ade dan Akmal (student Malaysia yang belajar kat Sydney).


"Ramadan tu bukannya diertikan dengan bazar Ramadan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu la yang jadi definisi Ramadan kat Malaysia. ~Akmal~



Dan yang paling penting, kat sana lah Fend mula temui arah hidup. Mula excited bila beriktikaf di masjid, mula berlumba ngan Chad dan Akmal untuk khatam al-Quran dan tafsir al-Quran, mula berebut nak buat amal ibadat, mula seronok bertadarus dan qiamullail sebelum sahur.



"AND IVOKE NOT any other Ilah (God) along with Allah, La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He). Everything will perish save His Face. His is the Decision, and to Him you (all) shall be returned." ~Surah al-Qasas~




"...Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami pikul. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami..." (al-Baqarah : 286) 




1 Syawal, Chad @ Muhammad Irsyad meninggal pada umur 25 tahun. Alhamdulillah Chad sempat berubah at tenth hour....So, kita????





Seriously kalau boleh saya nak sangat semua orang baca this kind of masterpiece from Hlovate. Kita yang muda remaja nih memang susah sangat la kan nak baca buku motivasi agama ke hape. So dengan baca novel-novel Hlovate nih la kita dapat buka mata tentang agama. Tak banyak, sikit pon jadi la. Tak payah cakap orang, saya sendiri pon dah mula 'ter'motivate kot bila baca novel nih. Cara Hlovate berdakwah sangat halus, takde push push, marah-marah, stress-stress ke hape. Kita baca, kita fikir then kita decide apa yang kita nak dalam hidup. Kalau boleh saya nak share semua yang saya baca kat belog nih, tapi disebabkan kekangan masa memang tak sempat nak tulis semua.


So, hopefully ada lah yang sudi baca novel Hlovate nih ya. Tak tak Hlovate tak bagi pape pon kat saya sebab promote novel dia nih. Just nak share apa yang saya baca dan ilmu yang saya dapat je and hopefully dapat la sikit pahala dari Allah s.w.t sebab dah kongsi-kongsi ilmu nih kan. :)




p/s ilebiu : Tajuk novel nih 'Contengan Jalanan' RM 21.00 je.. >_<


p/s ilebiutuuu : Masa tak pernah menunggu manusia... -_-