27 November 2011

Bukan Senang Nak Kawin

Assalamualaikum ^_^


Bila cakap pasal kawin mesti semua orang macam gumbira ceria seronok dan yang penting mesti semua sibuk imagine nak buat majlis kawin macam tu la macam ni la, baju nak berapa pasang la, pelamin nak yang grand la kan kan kan....

Yang duk fikir negatif pon ada, contohnya 'ala nak kawin kena pakai duit banyak', 'ish membazir je lah buat majlis besar besar nih' dan yang paling paling paling negatif *sambil geleng-geleng kepala* 'hang nih gatai no asyik fikir pasai kawin kawin kawin'....eh macam tak negatif pon kan.hurmmm....pape je lah.

Tapi tapi tapi tahukah anda bahawa ada perkara yang lebih penting tentang perkahwinan selain daripada perkara-perkara yang tersenarai kat atas sana, iaitu dosa dalam perkahwinan. Ya ramai yang macam tak sedar tentang dosa dalam perkahwinan kan. Lagi satu, bila part akad nikah ramai je yang sibuk tanya berapa kali lafaz ha? Kalau sekali dikira hebat la kan. Tapi ramai yang tak tau makna sebenar disebalik lafaz akad nikah tersebut.


Meh kita baca dan hayati sama-sama maksud disebalik lafaz "aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kawin RM...."


 "Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
  
 
Note: Kalau nak baca artikel penuh tentang dosa dalam perkahwinan boleh klik sini

>_<

No comments:

Post a Comment