27 November 2011

Bukan Senang Nak Kawin

Assalamualaikum ^_^


Bila cakap pasal kawin mesti semua orang macam gumbira ceria seronok dan yang penting mesti semua sibuk imagine nak buat majlis kawin macam tu la macam ni la, baju nak berapa pasang la, pelamin nak yang grand la kan kan kan....

Yang duk fikir negatif pon ada, contohnya 'ala nak kawin kena pakai duit banyak', 'ish membazir je lah buat majlis besar besar nih' dan yang paling paling paling negatif *sambil geleng-geleng kepala* 'hang nih gatai no asyik fikir pasai kawin kawin kawin'....eh macam tak negatif pon kan.hurmmm....pape je lah.

Tapi tapi tapi tahukah anda bahawa ada perkara yang lebih penting tentang perkahwinan selain daripada perkara-perkara yang tersenarai kat atas sana, iaitu dosa dalam perkahwinan. Ya ramai yang macam tak sedar tentang dosa dalam perkahwinan kan. Lagi satu, bila part akad nikah ramai je yang sibuk tanya berapa kali lafaz ha? Kalau sekali dikira hebat la kan. Tapi ramai yang tak tau makna sebenar disebalik lafaz akad nikah tersebut.


Meh kita baca dan hayati sama-sama maksud disebalik lafaz "aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kawin RM...."


 "Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
  
 
Note: Kalau nak baca artikel penuh tentang dosa dalam perkahwinan boleh klik sini

>_<

25 November 2011

11 Jenis Manusia Yang DiDoa Malaikat

Assalamualaikum ^_^

Tadi kan tak tau nak buat apa so godek-godek facebook je lah. Then kawan saya shared Something interesting kat wall dia, 11 jenis manusia yang didoa malaikat.

Kita hidup kat dunia nih bukan sorang diri je kan dan sometime kita sangat memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan sesuatu perkara. Tak terkecuali jugak lah dari segi doa kita kepada Allah S.W.T. Kita tak tau kan sama ada doa kita nih diterima Allah atau tidak, oleh itu kita amat perlukan bantuan orang lain untuk mendoakan kita dan amat bertuah lah seseorang itu jika malaikat yang mendoakan beliau.

Benda nih maybe tak ramai yang tau because of kurang pendedahan ke hape kan. So, meh la kita share kat sini pulak...Okay n_n

 
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
  9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

p/s ilebiu : Semoga kalian semua mendapat input yang berguna hari nih >_<

15 November 2011

Benarkah Cinta Mampu Wujud di Pertemuan Pertama

Assalamualaikum ^_^

Cinta pandang pertama nih memang betul betul wujud ke??? Atau mitos semata mata??? Tapi, apakah maksud cinta pandang pertama?



Okay, hari nih saya nak tak nak share pasal maksud cinta pandang pertama ke hape ye. Hari nih saya nak share pasal 1 lagi novel yang saya baca dan saya rasa ceritanya agak interesting. n_n



Macham nih ceritanya......


Hareez Rifqal sorang yang saaaaangat playboy tahap babun. Babun pon kalah ngan dia tau. Tetiba terjatuh chenta ngan Aira Hanna yang bekerja sebagai interior designer kat company kawan Hareez, Syamsul Asyraf namanya. Ermmm love at the first sight la nih. Tapi si Aira nih pulak tak nak kat Hareez, dah namanya playboy kan sape yang nak. Insecure kot kalau kapel ngan si Hareez tu.


Tapi makin dia lari, makin dekat pulak Hareez menghampiri..*pintal pintal rambut sambil tunduk malu* :p


Banyak la konflik dalaman dan luaran antara mereka berdua yang kadang kadang menguji tahap kesabaran saya sebagai pembaca. (eheh teruji la sangat kan) Tapi yang best bila diorang kawin tapi takde sape yang tau. Memang kelakar tak hengat lah bila kawan kawan diorang lost je tengok diorang berabang sayang kat public. Gayanya macam suami isteri je kan. (tapi memang diorang suami isteri pon)hahahaha *gelak guling guling* Okay tak guling guling, tipu je 0_o



Haaaa interesting tak??!!! Kalau interesting sesangat sila la singgah kat bookstores berhampiran anda dan bawak larik novel nih sebijik..... >_<










P/s ilebiu: kalau kena tangkap polis pandai pandai lah bawak diri yaa ^_* (you know why) ekekeke

Peace yawww!!!