27 October 2011

Aku Bukan Mistress

Assalamualaikum ^_^



Ishishish tajuk cam scary je kan...Haa??!!! Tak scary??? Okay fine memang tak scary pon... :p Nih satu lagi novel yang best dari author yang masih hijau dalam dunia penulisan *ececece ayat cam budak sastera je kan*hikhikhik

Tapi seriously novel nih sangat best. Nak tau nape? Sebab jalan cite sangat lain dari yang lain. Kalau baca memang tak expect citenye macam nih. Cite dia panjang tapi takde lah heavy sangat konfliknye. So, boleh je baca santai-santai cam tu je tak payah susah-susah nak pening-pening picit-picit kepala bagai time baca novel nih.

Oh ya, meh nak kasi hint sikit novel nih pasal apa.... Mya Arlissa kot nama dia (alah nama penuh tak penting pon kan) dah jadi mistress si Mikail nih since 2tahun lepas. Of course la kan dia ada sebab yang tersendiri kenapa jadi macam tu. Then timbul la macam-macam masalah bila kawan Mikail, si Adam tu pon dah syok kat Mya dan cuba buat yang bukan-bukan kat Mya. Yang tu kira cam tak mencabar sangat la kan, yang paling mencabar bila si Suzanne merangkap cousin Mikail nak ngorat balik si Mikail tu dan mama Mikail tak suka ngan Mya. Si Mikail nih pulak makin lama makin sayang pulak ngan Mya dan sangat baran tau. Takleh ada orang tengok or buat macam-macam kat Mya tu, mula lah dia nak kecoh-kecoh ngan orang tu. Tapi best la kan macam tu, means dia caring sangat kat Mya tu. Mya pulak cuba nak lari dari Mikail sebab dia dah tak sanggup nak bergelumang dalam dosa yang dah dia buat ngan Mikail.

Eh bukan tu je tau, ada banyak lagi lah konflik yang timbul diantara Mya ngan ex boyfriend dia, ngan Mak Ngah dia lagi. Seriously sume tu best... :) Haaaa nak tau tak lastly apa yang terjadi kat Mya ngan Mikail??? Kalau nak tau sila lah beli novel Aku Bukan Mistress by Acik Lana kat bookstore berhampiran rumah anda ya... >_<



Note: Eheh cantik tak tulisan beso kecik cam tu???teheeeee ^_*

20 October 2011

7 Hari Mencintaiku

7 hari je??!!! TAK MAU...!!!! Saya nak SEUMUR HIDUP okeh!!!

Haaaa emo la pulak kan...Okay fine, it's not about me. Nih pasal novel yang  saya baca 2 3 hari lepas. Seriously novel nih telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri saya...erk??!!!

Eh..eh..nak tau tak novel nih pasal ape? Haaa meh sini nak kasi tau sama kamu....
Okay cite nye macam nih... Mia Adriana nih anak orang kaya terpaksa kawin ngan Khuzairi si pengembala kambing. *ishish cam ada bau kambing je nih*
Hurmmm mereka kawin bukan sebab suka sama suka ye, terpaksa semata-mata. Then Mia terpaksa follow Khuzairi balik kampung dan hidup dia telah berubah 100%. Kat sana dia terpaksa tinggal ngan mak mentua dia yang mulut cam longkang (nih Mia yang cakap ye), terpaksa berdepan ngan sepupu hasben dia yang suka kutuk-kutuk kat belakang dan macam-macam jenis orang lagi lah. Tapi Mia tu kuat dan dia sangat outspoken. Lawyer kan haruslah kena outspoken heee....
Part yang paling best bila Mia sound direct cam tu je sesape yang sibuk kutuk-kutuk dia..woheoooo...bravo bravo *clapclapclap*

Tapi yang paaaaaling seronok lah kan, hero kat lam novel nih sangat caring dan sangat hormat kat mak tiri dia walaupon dah terang-terang mak tiri dia tu tak betul. Kalau ikutkan novel nih lebih focus on Khuzairi yang tersepit diantara kasih terhadap isteri dan rasa hormat terhadap kedua ibu bapa.
Hurmmm kalau nak tau ngan lebih lanjut sila la baca sendiri ya..teheeeee

Oh ya, nih dia gambo nye...



Mana la tau kot ada yang nak pegi bookstore malam nih jugak kan sebab dah excited sangat nak baca novel nih.hewhewhew....Enjoy!!!! >_<

16 October 2011

Kuseru Rindu Itu

 
Sadly, the more you crave to be someone's beloved, the more you get pushed aside
 
Yes, itulah yang Idayu rasa bila Hisyam dengan sengaja bermain cinta dengan perempuan lain. The different is, she's not being pushed aside by him....
 
Hohoho intro cam gempak jiwang je kan. :) Actually saya baru je habis baca novel Hanni Ramsul, tajuknya kat atas tu ha... Novel dia sume best-best tau. Tapi yang nih extra best sikit sebab sangat lain dari yang lain. Jalan cerita ngan plot (eheh betul ke plot??!!) memang berbeza compared to previous novel. 
Nak tau tak novel nih pasal apa? Haaaa mesti nak tau kan..kan..kan... :p Okeh ceritanya macam nih, Hisyam dah kawin ngan Idayu dah 7 tahun dah pon dan hidup dengan bahagia dan gembira bersama anak tersayang. Mereka kawin bukan atas dasar chenta semata-mata, tapi pilihan keluarga. Macam mana entah tetiba boleh pulak Hisyam terjatuh chenta dengan Maisara yang sangat selfish tu sedangkan wife dia Masya Allah sangat lah baik budi pekerti, sopan santun, calon isteri solehah. Ish sakit hatinya bila tingat kat Maisara tu. (eheh emo pulak hahaha...) 
The best thing is, walaupon si Hisyam nih dah sayang giler kat Maisara tapi dia still tak boleh nak lupakan or tinggalkan wife dia macam tu je. (TAK BOLEH okay) Tanpa Idayu, life dia macam incomplete dan dia sayang sangat-sangat kat wife dia and mereka tu saaaaaangat romantik and loving gitu... :) *blushing*
Ish cam susah je la nak elaborate dengan lebih lanjut pasal novel nih. Dah time sekolah dedulu pon fail bab buat rumusan, summary sume.hewhewhew.Kalau nak tau dengan lebih lanjut pasal novel nih dan macam mana endingnya, sila lah beli novel KUSERU RINDU ITU oleh HANNI RAMSUL di bookstore berhampiran rumah anda. Sekian terima kasih >_<
 
 
 
Nih novel yang best tak hengat tuh. Kalau ada masa pergi la beli ya. RM26.00 je ^_^

7 October 2011

Nama Saya Asmara

Haaaaa cantik tak nama saya??? Sangat cantik kan cam tuan dia jugak la. Eheh masuk lif tekan sendiri pulak.teheeeee.... Semalam disebabkan keadaan yang semakin meruncing dimana batuk saya tak nak stop since 2 3 hari lepas, saya dengan berbesar hatinya telah pegi ke klinik untuk amik ubat. Klinik mana?? Of course la klinik UiTM, nak ubat free kan.hewhewhew Dah bagi salam terus masuk dan tetiba speechless tengok that girl yang kat dalam klinik tu muda sangat. Aish student ke hape nih??? Meh kita flashback situasi semalam.......

That girl : Ya boleh saya tolong?
Saya : Erk??!! Erm saya sakit...sakit tekak batuk-batuk...(ngan muka innocent)
That girl : Penah datang tak sebelum nih?
Saya : Penah......
That girl : Okay bagi i/c number yang 4 kat belakang.
Saya : ****
That girl : Owh kejap ya...Erm Asmara kan?
Saya : Haaa??
That girl : Nama awak Asmara kan?
Saya : Erk??!!!
That girl : Nih nama awak Asmara (sambil tunjuk-tunjuk nama saya kat lam fail)
Saya : Eheh...Asmariza lah.
That girl : Eh yeke...Kanke Asmara nih..
Saya : Eh tak nama saya Asmariza.....
That girl : (Ngan muka malu) Eh yela Asmariza..hehehe

Haaaaaa that's how i got that name yesterday...teheeeeeee
Uhuk-uhuk batuk lagi. Jom makan ubat..nyum-nyum >_<

1 October 2011

Coffee Talk Namanya


If you’re waiting for tomorrow, why not do it today?
For if tomorrow never comes, you’ll surely regret the day
That you didn’t take that extra time for
a smile, a hug, or a kiss,
And you were too busy to grant someone, what
turned out to be their one last wish

- Norma Cornett Marek


Found this in Belog Dia which is sangat best. Sape-sape yang nak improve your English boleh la baca dia punyer belog sebab 100% English kot. Sila lah luangkan masa melawat belog dia ek. :p