14 July 2016

Ivy Raihana : Ramadan + Syawal Finale



LAMA dia berdiri di hadapan almari. Ditenung-tenung baju yang sudah siap bergosok itu. Dilema betul, tak tahu nak pakai yang mana sebab dua-dua pun cantik. Ni nasib baik beraya dekat rumah sendiri, kalau beraya dekat rumah mama di dekat KL sana mahunya satu almari dia angkut bawa balik. Tak tahu kan nak pilih yang mana.
            “Cejuknyaaaa....” Irine melompat-lompat di atas katil dengan tuala yang membaluti tubuh kecilnya. Bila orang cakap hari ni hari raya yang kecil ni pun ikut sama excited walaupun tak tahu raya tu apa. Yang dia tahu nak pakai baju baru saja lah.
            “Irine stop! Nanti jatuh sayang.” Tegur Fayed yang baru keluar dari bilik air dengan tuala yang membelit di pinggang. Selesai mandikan Irine giliran dia pula membersihkan diri di pagi hari raya.
            “Cejuk daddy...grrrrr...”
            “Kenapa tak pakai baju?” Fayed mula bercekak pinggang. Dengan berbalut tuala ditambah pula dengan aircond yang terpasang mahunya tak sejuk.
            “No baju. Tade baju...” Tangan digoyang tanda yillek!
            Fayed memandang sekeliling sebelum bergerak ke arah bilik wardrobe mencari isteri tersayang yang dari tadi diam tak ada bunyi langsung.
            “Vy, buat apa? Baju anak mana?” Soal Fayed dengan tangan yang masih di pinggang. Badan dia pun dah mula nak menggigil dah nih bila lama sangat terdedah macam ni.
            Ivy menoleh ke arah Fayed seketika sebelum kembali memandang ke arah pakaian yang bergantungan di hadapannya. “Sayang, awak rasa yang mana lagi lawa. Biru ke putih?” Soal Ivy tanpa memandang ke arah Fayed.

            “Ya Allah Vy, tak habis lagi ke pilih baju tu. Semua pun lawa lah baby. Cepat la, anak dah menggigil kat atas katil tu.”
            “Saya berkenan yang warna putih ni sayang... Tapi yang biru tu pun macam lawa juga. Which one eh?” Tangan mula menggaru kepala yang tak gatal.
            “Kalau suka putih, putih la. Bak sini baju Irine, saya tolong pakaikan.”
            “Tapi putih macam nak kahwin pula sayang. Biru lah okey tak?”
            “Okey. Come, pass it to me.”
            “Tapi... Yang putih nampak lagi exclusive la Yed. Tak ke?” Baru sekarang Ivy memandang wajah Fayed yang sedang menahan rasa.
            Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan dengan mata yang terpejam. “Bak sini kurung Irine tu. Awak nak pakai apa pun suka hati awak lah. Anak dekat atas katil sikit lagi nak beku.” Suara Fayed berubah tegas. Kalau duk melayan Ivy entah bila lah nak habis. Irine dekat atas katil tu entah apa jadi dah agaknya.
            Erk! Ivy terdiam. Wajah mula berubah mendung. Garang betul. Pagi raya pun nak marah ke. “Nah...” Baju kurung Irine yang berwarna biru dihulurkan kepada Fayed dan suaminya itu terus berlalu tanpa suara. Ufhh... Sedihnya rasa hati bila pagi raya dah kena marah macam ni.
            Baju melayu Fayed beserta sampin dibawa keluar dari bilik wardrobe dan perlahan-lahan Ivy menghampiri Fayed yang sedang mengemaskan pakaian pada badan Irine. Baju melayu diserahkan kepada Fayed dan tanpa sebarang kata Fayed terus menyarungkan baju melayu yang sudah siap digosok oleh Ivy malam tadi.
            “Mummy! Cantik tak Kak Yeen?” Suara Irine memecah kesunyian di antara Ivy dan Fayed.
            Segaris senyuman dihadiahkan kepada si anak yang kelihatan sangat ceria bila dipakaikan baju baru. “Cantik sangat. Macam mummy.”
            Irine mencebik. “Mummy tak cantik. Mummy tade baju cantik macam Kak Yeen.” Kata Irine bila Ivy masih menyarung pijama. Belum mandi lagi mummy dia ni.
            “Eleh, nanti mummy dah mandi mummy pun cantik macam Irine juga. Kan daddy?” Ivy cuba memancing Fayed untuk bersuara. Tetapi hanya kebisuan yang Fayed berikan. Ivy mengeluh perlahan. Badan Irine yang kecil diangkat ke bawah lalu dibawa ke hadapan cermin.
            “Pakai ni sayang.”
            Kepala Irine mula dihiasi dengan headband berbunga besar berwarna biru dan krim. Bedrtambah comel jadinya si kecil Irine itu. Makin melebar pula senyuman di wajahnya. “Haa... cantik kan anak mummy.”
            “Yeay! Kak Yeen cantik. Kak Yeen nak tunjuk ni kat semorang.” Laju Irine berlari ke arah pintu.
            “Wait! Kiss mummy dulu.”
            Irine kembali menghampiri Ivy dan terus mencium pipi mummynya itu. Kemudian dia bergerak menghampiri Fayed pula. Pantas Fayed menunduk dan satu ciuman turut diberikan kepada daddynya. Selesai menghadiahkan ciuman kepada Ivy dan Fayed, Irine terus berlari keluar mencari sepupunya yang lain. Tak sabar nak tunjuk baju baru lah tu.
            Ivy bergerak menghampiri Fayed pula. Sampin dicapai lalu disarungkan ke badan suaminya. Tangan Ivy mula melipat sampin di pinggang Fayed. Masing-masing tetap diam tanpa suara. Selesai mengemaskan sampin, tangan Ivy mula bergerak mengemaskan butang baju melayu Fayed pula. Dan yang terakhir, tangannya bergerak memakaikan songkok di kepala Fayed. Selesai semuanya Fayed terus berlalu keluar meninggalkan Ivy sendirian. Haishh... marah lagi lah tu. Keluh Ivy dalam diam.
           
“IRFAN minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki ayah. Halalkan semuanya yang ayah berikan kepada Irfan selama Irfan hidup di dunia ini...” Irfan yang sulung tunduk memohon maaf diikuti oleh adik-adiknya yang lain.
            Sudah menjadi kelaziman Ivy sekeluarga untuk saling bermaaf-maafan setelah menunaikan solat sunat hari raya. Kini, masing-masing sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri namun kelaziman yang satu itu tidak pernah ditinggalkan.
            Selesai bersalam dengan Tuan Ilias dan Puan Intan. Ivy dan abang-abangnya duduk bersalaman dengan pasangan masing-masing. Ivy berlutut di hadapan Fayed sebelum menarik tangan suaminya itu lalu digenggam kemas seperti tidak mahu dilepaskan.
            Perlahan-lahan Ivy tunduk mengucup tangan Fayed. Kemudian pipi kiri dan kanan Fayed dikucup syahdu. Mata mula memberat lalu leher Fayed dirangkul kemas ke dalam pelukan dan tangan Fayed turut membelit pinggang Ivy, membalas pelukan si isteri.
            “Saya minta maaf sebab dah buat awak marah pagi tadi.” Bisik Ivy di tepi telinga Fayed.
            “Saya maafkan Vy.”
            “Saya minta maaf sebab selama saya jadi isteri awak saya dah banyak buat salah dengan awak. Degil, keras kepala, manja, mengada-ngada. Selalu buat awak pening kepala dengan kerenah saya.” Sambung Ivy lagi.
            “Saya maafkan baby...”
            “Saya minta maaf sebab saya selalu menyusahkan awak.”
            “Awak tak pernah menyusahkan saya.” Balas Fayed dengan penuh perasaan. Betul, sepanjang dia menjadi suami Ivy dia tak pernah langsung rasa terpaksa dalam menjalankan tanggungjawab nya sebagai suami Ivy. Apa saja yang Ivy minta daripada dia, dia tunaikanm dengan hati yang ikhlas.
           
“Tapi saya rasa...”
            “Syhhh...” Telinga Ivy dikucup lembut. “Saya minta maaf kalau saya dah terkasar bahasa dan marah awak dengan sengaja atau tidak. Saya nak minta maaf juga dengan awak di atas apa yang terjadi pagi tadi. Saya tak sepatutnya emo dan marah awak baby. Tapi saya tak boleh nak control semua tu. Please forgive me my baby boo...” Bisik Fayed.
            Hidup berumah tangga begitu lah adatnya. Masing-masing ada buat salah dan silap, jadi jangan pernah ego untuk mengakui kesilapan sendiri. Masalah orang kita sekarang ada lah terlalu menjunjung ego yang akhirnya hanya membawa kepada kehancuran.
            “Please forgive me too sayang.”
            Terbias senyuman di bibir Fayed. “Saya dah maafkan...” Pelukan semakin dieratkan. Sayang sangat aihh dekat isteri dia ni, rasa macam tak nak lepaskan je.
            “Sambung malam karang la dik. Ni dengan abang-abang kau bila nak minta maaf?” Imad yang sedang berpeluk tubuh di belakang Ivy mencelah.
            Pelukan terlerai dan Ivy segera berpaling ke arah Imad dengan jelingan yang tajam. “Amboi... bukan main lagi kau jeling eh. Abang tak maafkan kau nanti haa... baru padan dengan muka tu.” Ugut Imad.
            Pap! Bahu Imad ditepuk dari belakang. “Dah kau pun cakap macam orang nak cari gaduh, macam mana lah adik tak menjeling macam tu. Dah jom mengadap yang sulung dulu.”
Iqbal terus berlalu ke arah Irfan yang sedang duduk sambil bersilang kaki. Lagak seperti seorang bos. Di sisinya pula berdiri Iman yang bersilang tangan seperti bodyguard. Fatihah, Faye, Mai dan Hajar sudah tergelak melihat gelagat Irfan dan Iman. Tuan Ilias dan Puan Intan pula sedang sibuk melayan kerenah cucu-cucu, langsung tak perasan tentang anak-anak mereka yang sedang buat drama di pagi hari raya.
Dimulakan oleh Iman dan diakhiri oleh Ivy. Kemudian Ivy bersalam dengan abang-abangnya yang lain pula. Fayed juga turut membuat perkara yang sama.
“Cium lama sikit dik, banyak salah kau ni dengan Mad.” Kata Imad sambil menolak rapat kepala Ivy yang sedang menunduk.
Tangan Imad ditolak kasar. “Ish dia ni... terbantut tau nak minta maaf dengan dia. Tak jadi lah.”
“Asyik gaduh je, bila nak habis? Kejap lagi nak ke rumah nenek pula.” Tegur Irfan. Bosan lah asyik tengok drama sama je tiap-tiap tahun. Si Imad ni pun suka mengusik betul.
“Ye bang, sorry. Meh salam...” Tangan Ivy ditarik semula. “Maafkan Imad sebab selalu kacau adik, usik adik, main-mainkan adik. Imad sayang adik tau.”
Ivy tunduk mencium tangan Imad. “Adik pun nak minta maaf juga dengan Abang mad sebab mudah sentap dengan abang. Lepas tu adik pun selalu juga kan usik abang. Sorry eh.”
“Apology accepted.” Ivy ditarik ke dalam pelukan.
Mereka yang memandang hanya tersenyum senang. Adik dan abang gaduh macam mana pun akhirnya baik juga. Air dicincang tak akan putus.

RIUH RENDAH rumah Nek Munah dengan suara anak cucu dan cicit yang datang berkumpul di rumahnya. Suara gelak ketawa si kecil sudah bercampur dengan suara menjerit dan menangis. Yang si ibu dan bapa pula walau kecoh macam mana sekalipun tetap juga sambung bersembang sesama mereka. Jarang berjumpa lah katakan. Peluang bersua muka memang langsung tidak dilepaskan.
            “Alah masa tu korang kecik lagi tau, mana nak ingat.” Beria sungguh Iqbal bercerita. Yang sepupu nya pun beria sungguh mendengar.
            “Dah tu cerita lah dekat kami Bang Iq, boleh refresh balik cerita zaman purba. Kan uolls...” Ella, salah seorang daripada sepupu mereka mencelah. Seronok betul bila berkumpul ramai-ramai macam ni, bercerita tentang peristiwa dulu-dulu.
            “Aaa... Jangan nak buka cerita yang bukan-bukan eh Bang Iq. Aieen bagi amaran awal-awal ni.”
            “Haah... Tengok pada muka dah tahu cerita apa yang Bang Iq nak bagi tahu dekat diorang ni semua.” Pantas Ivy menyokong kata-kata Aieen.
            Semua tergelak. Macam dah boleh agak cerita apa yang Ivy dan Aieen cuba sorokkan.
            “Kalau Bang Iq tak nak cerita, biar Bang Mad je yang cerita kat korang semua.”
            “Bang Mad!” Serentak Ivy dan Aieen menjerit yang lain pula makin galak ketawa dan bersorak. Bertambah riuh la rumah Nek Munah dengan gelak ketawa mereka.
            “Dah-dah... Meh dengar cerita Bang Ipan je. Abang kasi cerita yang suci murni, bukan macam budak berdua tu.” Irfan menjuihkan bibir ke arah Iqbal dan Imad yang sedang tersengih.
            “Cerita zaman kanak-kanak la Bang Ipan. Boleh kongsi dengan anak isteri kita ni, best juga.”
            “Ye Lan, cerita zaman kanak-kanak la ni.”
            Kemudian masing-masing diam, memberi fokus kepada cerita Irfan. “Ni yang dekat ruang tengah ni memang tak boleh nak menyelit langsung. Semua bergelimpangan kat tengah ruang tamu rumah nenek. Lepas tu kalau nak bangun kencing tengah malam kan, mesti dengar suara orang menjerit.”
            “Kenapa?” Soal Mas, isteri kepada salah seorang sepupu Irfan.
            “Sebeb terpijak diorang yang tengah tidur.”
            Bergema lagi rumah Nek Munah dengan ketawa cucu-cucunya.
            “Lepas tu pagi raya belum subuh lagi dah bangun tau.” Iman turut mencelah berkongsi cerita.
            “Semangat nak raya ke Bang Im?” Soal Fayed yang dari tadi hanya diam saja.
            “Tak lah. Bangun awal nak ambil nombor bilik air. Kalau bangun lambat memang berebut la.” Jelas Iman dalam ketawa.
            “Ivy ni selalu bangun lambat tau Yed, lepas tu kena mandi perigi haha...” Tambah Aieen membuatkan yang lain turut ketawa.
            “Mandi perigi best la Kak Aieen.”
            “Haah, sekarang dah tak ada perigi dah.”
            “Air perigi sejuk wooo...”
            “Mandi perigi sangat nostalgia duh...”
            Berbagai komen yang diberikan oleh sepupu mereka. Ivy angkat ibu jari tanda bagus ke arah Aieen yang terkulat-kulat mendengar komen sepupu mereka. Konon nak kenakan dia lah tadi tu kan. Fayed di sebelah tersenyum seketika sebelum menarik pucuk hidung Ivy yang sedang bersandar di bahunya.
            “Nakal eh...”
            “Mana ada nakal sayang...”
            “Best tak mandi air perigi?”
            “Best la. Serius, kalau perigi tu masih ada dekat belakang sana dah lama saya tarik awak mandi perigi dengan saya tau.”
            “Mandi berdua kat tengah alam macam tu?”
            “Yes!”
            “Romantiknya baby. Jom...”
            Ivy mencemik. “Sorry! Perigi dah tak ada lah sayang. Tak boleh nak romantik lagi dah.”
            “Bilik air kan ada.”
            “Fayed!” Ivy menahan suara. “Sejak bila jadi gatal macam ni ha.” Pinggang si suami dicuit-cuit membuatkan Fayed tergeliat kegelian.
            “Sejak dah habis puasa.” Bisik Fayed dengan nada menggoda.
            “Gatal!”
            “Dengan baby boo saya je...”
            Ivy dan Fayed saling mencemik sebelum melepaskan ketawa. Irfan dan Iman yang sedang galak bercerita langsung tidak dihiraukan. Riuh rendah suara cucu-cucu Nek Munah bergelak ketawa juga langsung tidak mengganggu Ivy dan Fayed bergurau senda.

IVY tersandar lesu di bahu Fayed. Suaminya itu langsung tidak perasankan keadaan dia yang lemah sejak pulang dari rumah kedua ibu bapa Fayed. Seronok aja Fayed berbual dengan Irfan dan Iqbal tanpa mengendahkan dia di sisi.
            Hampir lima belas minit dia bertahan, akhirnya dia tewas juga. Laju dia berlari ke arah tandas yang terletak di tepi ruang dapur.
            “Eh, Vy...” Fayed yang terkejut terus bangun mengejar langkah kaki Ivy. Yang lain mengikut dari belakang.
            “Uwekkk... Uwekkk...” Terbongkok-bongkok Ivy memuntahkan isi perut. Tangan memegang kemas tepi sinki namun tidak mampu bertahan lama bila pandangan mata mula gelap.
            Fayed yang sempat tiba pantas merangkul pinggang Ivy, menghalang isterinya itu daripada jatuh tersungkur ke dalam sinki. Pegangan diperkemaskan bila badan Ivy semakin memberat. Tangan kiri mula menepuk pipi Ivy bagi menyedarkan isterinya. Mereka yang lain hanya mampu memerhati dari luar kerana keadaan tandas yang agak sempit membataskan mereka untuk turut masuk ke ruang tersebut.
            “Macam mana Yed?” Soal Puan Intan dengan nada yang risau. Walaupun dia sudah biasa dengan keadaan Ivy yang begitu, namun rasa risau tetap tidak mampu dipadamkan. Ivy kalau muntah memang macam tu, teruknya boleh jadi sampai pitam.
            “Okey ma.” Jawab Fayed ringkas sambil mengusap belakang badan Ivy pula. “Vy, buka mata. Pandang saya baby....”
            Badan Ivy yang memberat beransur ringan menandakan yang Ivy sudah kembali sedar. Namun Fayed tetap perlu menyokong badan Ivy yang masih lemah agar tidak melurut jatuh ke lantai.
            “Baby...” Bisik Fayed di tepi telinga Ivy. Wajah isterinya itu dibasahkan dengan air sebelum menarik Ivy ke dalam pelukan. Badan Ivy terus dipeluk dari belakang.

            “Fayed...” Suara Ivy kedengaran lemah. Kemudian kedengaran tangisan halus, Ivy menangis.
            “Syhhh... Calm down baby.” Pipi Ivy diusap penuh sayang. “Nak muntah lagi tak?” Ivy hanya mampu menggeleng lemah dengan tangisan yang masih belum reda.
            Tanpa membuang masa Fayed terus mencempung badan Ivy untuk dibawa keluar dari tandas dan terus dibawa naik ke tingkat atas.
            “Adik keracunan makanan ke?” Soal Fatihah kepada Mai.
            “Tak tahu lah Kak Tihah. Agaknya la.”
            “Ivy makan apa je tadi?” Soal Hajar pula.
            “Banyak kut adik makan siang tadi. Habis semua benda dia telan.” Jawab Iqbal pula.
            “Ayah rasa adik gastrik tu. Ye lah kita kan baru je habis puasa lepas tu hari ni terus makan macam-macam. Sebulan perut kita diajar kosong waktu siang, hari ni bila masuk makanan terkejut la perut kita tu.”
            “Tapi ayah bukan ke gastrik kalau tak makan ke. Adik ni dah terlebih makan dah Imad tengok.”
            “Orang gastrik kalau terlebih makan pun tak elok juga Imad. Jadi macam tadi la.” Jawab Tuan Ilias ringkas sebelum berlalu ke tingkat atas untuk melihat keadaan anaknya.

“BABY rehat ye, saya ambilkan ubat.” Bisik Fayed setelah meletakkan Ivy di atas katil. Belum sempat dia bangun dari sisi Ivy, isterinya menghalang.
            “Stay with me please.” Ivy bersuara perlahan dengan cemikan di wajah tanda mahu menangis.
            “Tak apa Yed temankan Ivy biar mama ambilkan ubat.” Kata Puan Intan yang sedang mendukung Irine. Mata Irine tidak lepas dari memandang ke arah Ivy. Seketika kemudian dia menghulurkan tangan ke arah Fayed, minta didukung oleh daddynya pula.
            “Kak Yeen duduk dengan Nek ma je lah ye, daddy nak jaga mummy sakit tu.” Puan Intan menghalang. Kesian pula dekat Fayed kalau dua-dua nak menempel dengan dia. Mesti penat.
            “Nanak... Nak daddy... Nak mummy...” Irine mula merengek.
            “Tak apa ma, Yed okey je ni.” Pantas Irine ditarik ke dalam dukungannya pula.
            “Mama turun ambilkan ubat dulu ye.” Fayed angguk dan Puan Intan terus berlalu.
            “Kak Yeen nak mummy...”
            “Mummy tak sihat sayang.”
            Irine mencebik dengan mata yang berkaca. “Kak Yeen nak mummy...” Rengek si kecil tanpa memahami keadaan si  ibu yang kurang sihat.
            Ivy yang melihat keadaan anaknya itu  turut mengalirkan air mata. “Mummy nak Irine juga.” Rengek Ivy dengan tangisan halus. Tangan dihulur untuk mencapai Irine yang berada di dalam dukungan Fayed. Irine juga turut melakukan perkara yang sama.
            Fayed memandang wajah Ivy dan Irine silih berganti. Dua-dua cengeng. Nafas ditarik dalam dan Fayed melabuhkan duduk di sebelah Ivy yang sedang berbaring. Irine diserahkan kepada Ivy dan dengan pantas Irine masuk ke dalam pelukan isterinya itu.
            “Mummy...” Irine mula menangis dan Ivy memeluk anaknya dengan erat seperti tidak mahu dilepaskan.
            “Syhhh...mummy ada sayang.” Telingan Irine dikucup bertalu-talu dengan pipi yang semakin basah dengan air mata.
            Fayed hanya memandang dengan bibir yang membisu. Macam dalam drama pula. Drama anak yang akan berpisah dengan ibunya. Tapi anak dan isteri dia ni dah kenapa tiba-tiba emosi terlebih.
            “Kita ke klinik Vy.” Kata Tuan Ilias yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik Ivy dan Fayed.
            “Kita ke klinik ye sayang.” Puan Intan turut bersetuju dengan cadangan suaminya itu. Ubat di tangan diberikan kepada Fayed.
            “Tak nak ayah, ma...” Ivy menggeleng kepala tidak mahu. Irine pula masih lagi berada di dalam pelukannya. Langsung tidak mahu dilepaskan.
            Tuan Ilias dan Puan Intan memandang ke arah Fayed, memberi isyarat kepada menantunya untuk memujuk Ivy. Bagaikan memahami isyarat tersebut, Fayed mengesot mendekati Ivy. Kepala isterinya diusap penuh sayang.
            “Kita pergi klinik ye Vy. Saya risau kut awak keracunan makanan ke.” Pujuk Fayed sambil mengusap kepala isterinya itu.
            “Tak nak yang...”
            “Sekejap je baby. Lepas tu kita balik ye. Sekejap je...”
            “Tak nak...” Ivy tetap berkeras tidak mahu ke klinik.
            “Baby...”
            “Esok je lah yang. Please...” Rayu Ivy. Sungguh dia rasa tak larat betul nak keluar dari rumahnya sekarang. Apa yang dia mahu hanyalah berbaring dan tidur.
            Fayed menoleh ke arah Tuan Ilias dan Puan Intan. “Tak apa lah kalau macam tu. Tapi esok Ivy tetap kena pergi klinik. Ayah rasa tak sedap hati selagi doktor tak check Ivy.” Putus Tuan Ilias. Tak ada gunanya dia memaksa kalau Ivy tetap berkeras tidak mahu ke klinik.
            Ivy angguk setuju. Nak cakap pun tak larat dah.
            “Biar Irine tidur dengan mama saja lah malam ni.”
            Fayed menoleh ke arah Ivy pula dan Ivy menggeleng tanda tidak mahu berpisah dengan Irine.
            “Tak apa ma, biar Irine tidur dengan kami je.”
            “Boleh ke Yed?” Soal Puan Intan dengan ragu. Risau kalau Irine mengganggu Ivy yang mahu berehat.
            “Boleh ma. Kalau tak boleh nanti Yed minta tolong dengan mama ye.”
            Puan Intan angguk setuju. “Tak apa lah kalau macam tu.” Puan Intan terus berlalu keluar dari bilik Fayed.
            “Baby...” Kepala Ivy diusap lagi. “Okey tak?” Soal Fayed risau. Ivy kalau muntah memang teruk. Kalau tak pitam tak sah. Sebab tu kalau nak muntah Ivy akan bagi tahu dia awal-awal supaya Fayed boleh pegang dia dari belakang.
            “Okey yang...”
            “Irine...” Fayed mengusap kepala si anak yang sedang berselindung di dada mummynya. “Meh tidur dengan daddy.”
            Irine menggeleng. “Nak mummy...” Rengek anaknya seperti tadi.
            “Tak apa yang, saya okey macam ni.”
            “Betul ni?”
            “Betul...”
            “Ubat ni nak makan tak?”
            Tanya nak makan ubat ke tak, memang tak nak lah jawabnya. Fayed bangun dan menutup lampu bilik membiarkan lampu meja saja yang terpasang. Kemudian dia membaringkan badan di belakang Ivy. Ivy yang sedang memeluk Irine ditarik ke tengah katil supaya lebih dekat dengannya lalu Ivy dipeluk dari belakang dengan kemas.
            “Good night baby boo.... Kalau nak muntah kejut saya  ye.”
            “Ye sayang.”
            Pipi Ivy dikucup penuh kasih.

RIUH RENDAH ruang tamu rumah Fayed dengan suara abang-abang Ivy yang bersorak bila mendengar perkahabaran gembira daripada Fayed. Macam menang loteri pula.
            “Enam minggu and it’s too fragile. Be extra careful okay Vy.” Pesan Puan Intan. Risau dan gembira bercampur menjadi satu. Risau melihat keadaan Ivy yang agak lemah berbanding kehamilan sebelum ini tetapi gembira bila cucunya akan bertambah lagi.
            “Jangan risau Intan, Yed kan ada.” Tuan Ilias menepuk bahu menantunya yang dari tadi tersenyum gembira.
            “Yeah, dont worry ma.”
            “Beria betul kita bersorak macam lah adik tak pernah mengandung sebelum ni.” Iman mencelah.
            “Haah kan. Lupa dah dekat Kak Yeen ni sebab excited sangat nak dapat baby baru.” Imad menggomol Irine yang berada di atas ribanya. Mereka yang lain hanya tersenyum melihat gelagat Imad dan Irine.
            “Tapi kali ni alahan macam teruk sikit lah ma, asyik nak muntah je.” Adu Ivy.
            “Masa mengandungkan Irine tak ada alahan ke Vy?”
            “Tak ada Kak Faye, mengidam pun tak.”
            “Tak apa lah, dapat merasa pengalaman baru. Kan bang...”
            Tuan Ilias angguk setuju dengan kata-kata Puan Intan. “Mama ni dulu, lima orang anak lima kali mengidam yang bukan-bukan. Memang masak lah ayah nak melayan.” Tuan Ilias sudah mula buka cerita lama.
            “Amboi bang, nak mengutuk saya lah tu.”
            “Bukan mengutuk, nak kongsi cerita je.” Bergema ruang tamu itu dengan suara anak-anak ketawa mendengar ayah dan mama mereka bergurau senda.
            “Kenapa semua ketawa?” Soal Irine tiba-tiba.
            “Sebab Kak Yeen nak dapat adik la.” Jawab Iqbal yang duduk tidak jauh dari Irine.
            “Kak Yeen nak dapat adik? Yeay!” Sorak Irine setelah turun dari riba Imad. Sepupunya yang lain juga turut bersorak riang bersama Irine. Padahal satu apa pun tak faham. Riuh lagi ruang itu dengan suara anak kecil pula. Fayed dan Ivy saling berpandangan sebelum tersenyum lebar.

FAYED duduk bersandar pada headboard, begitu juga dengan Ivy. Irine dibiarkan bersama mereka yang lain di bawah. Dari tadi tidak lekang senyuman di wajah Fayed. Akhirnya apa yang didoakan olehnya termakbul juga.
            “Patut lah asyik terbantut saja, dah berisi rupanya.” Kata Fayed memecah kesunyian.
            “Apa yang terbantut?”
            Fayed tayang sengih. “Tak ada apa-apa lah.”
         
   “Fayed...”
            “Apa?”
            “Apa yang terbantut?”
            Wajahnya dirapatkan ke telinga Ivy. “Projek nak bagi Irine adik.” Bisik Fayed. Wajah Ivy terus membahang. Malu pula bila Fayed cakap macam tu. Perasan dengan perubahan pada wajah Ivy, Fayed terus menarik Ivy ke dalam pelukan sambil ketawa bahagia.
            “Tapi Yed this time macam extra penat sikit.”
            “Penat sebab muntah?”
            “Haah... Saya risau kalau muntah kerap sangat sampai pitam. Sekarang tak apa la sebab ramai je kat rumah ni. Nanti bila semua orang dah balik KL, awak dah mula kerja. Tinggal saya berdua je dengan Irine, macam mana?” Ivy meluahkan kerisauan.
            Pipi tembam Ivy diusap perlahan. “Jangan la risau baby, tak elok untuk anak kita dekat dalam ni. There is a solution for each problem Vy. Kalau alahan awak tetap tak baik juga lepas ni, kita balik tinggal dengan ummi buat sementara waktu. Atau pun balik tinggal dengan nenek ke. You choose.”
            “Tak menyusahkan ke?”
            “Tak baby. Rasanya kalau kita bagi tahu ummi atau nenek, hari ni juga diorang suruh kita punggah kain baju duduk dengan diorang. They love you so much Vy, of course they want the best for you.”
            Mata Ivy merenung ke dalam mata Fayed. “Awak pula, sayang saya tak?”
            “My love for you is infinity Ivy Raihana.” Kepala Fayed tunduk mengucup bibir isterinya.
            “Such a sweet talker.” Balas Ivy setelah pagutan pada bibirnya dilepaskan.
            “Dengan awak je.”
            Senyuman berbalas lalu Ivy mendaratkan kepalanya ke dada Fayed. “Harap sangat kali ni dapat boy.”
            “In shaa Allah Vy, doakan yang baik-baik saja. In shaa Allah akan diperkenankan doa kita tu.”
            “Rasa macam tak percaya saya sedang mengandungkan anak kita yang kedua. Rasa macam baru semalam je kita gaduh dekat tempat kerja awak tu kan.”
            Fayed tergelak mendengar bicara Ivy. “Yup... Rasa macam baru semalam awak mengorat saya.”
            “Eleh... Asyik ingat yang tu je.”
            “Mesti la ingat baby, the most precious moment in my life tu.”
            Perut Fayed dicubit manja. “Eee... mengadanya dia.”
            “Tengok tu, awak cubit saya macam tu pun saya rasa bahagia sangat-sangat tau.” Usik Fayed lagi.
            “Eee... Fayed Nazmi!”
            “Yes Ivy Raihana.”
            “Huh!” Tangan disilangkan ke badan. Geram lah dengan lagak suaminya itu.
            “Yaa... yaa... yaaa... I love you too.”
            “Eh?” Kepala mendongak mencari wajah Fayed.
            “Awak nak cakap I love you kan? Saya dah jawab dulu...” Fayed kenyit mata nakal membuatkan Ivy bertambah geram. “Jangan emo sangat baby boo, nanti terkenan dekat yang dalam ni.” Perut kempis Ivy diusap perlahan.
            Pap! Dahinya ditepuk perlahan. “Alahhhh lupa...”
            Fayed ketawa. Kelakar betul lah isteri dia ni. “Meh sini...” Kepala Ivy disandarkan semula ke dadanya yang bidang. Tangan kanan menggenggam kemas tangan kanan Ivy manakala tangan kiri pula diletakkan di atas perut Ivy yang masih kempis. Lalu bibirnya mula mengalunkan ayat-ayat suci al-quran dan dibisikkan di tepi telinga Ivy.
            Sungguh syahdu kedengaran suara Fayed membuatkan hati Ivy basah dengan rasa cinta yang semakin menggebu.
            “Thank you sayang.” Pipi Fayed dikucup tanda terima kasih.
            “I don’t know where I’m gonna be five years from now Vy, but I pray to god it’s somewhere with a beautiful view and beside you baby.” Fayed turut mengucup pipi Ivy.
            “I will always be by your side sayang. WE will always be by your side, In shaa Allah dengan izin Nya.”
            Terbias senyuman di wajah Fayed sebelum kepalanya menunduk mencari bibir si isteri. Alhamdulillah di atas segala nikmat dan rezeki yang tuhan berikan. Semoga semuanya berkekalan sehingga akhir hayat mereka. Amin...




Heya guys! Yeah last episod dah. So, no more IvyFayed lepas ni. Thanks for your support from the beginning until today. Keep on supporting me okay ;) 

p/s: Ivy Raihana available dekat bookstore berhampiran anda. Kalau sudi boleh dapatkan Ivy dekat sana. 

Till we meet again... Bye!

12 July 2016

Ivy Raihana : Ramadan + Syawal Part 3



MERIAH sungguh rumah Ivy dengan suara kanak-kanak dan mereka yang dewasa. Hari ini adalah hari terakhir mereka berpuasa, jadi masing-masing mula sibuk menyediakan persiapan raya. Yang perempuan sibuk di dapur manakala yang lelakinya sibuk di luar rumah.
            “Nenek cakap tak payah buat lemang, nanti makan lemang dekat rumah dia saja.” Kata Puan Intan yang baru selesai bercakap dengan Nek Munah di telefon.
            “Rendang nenek buat tak?” Soal Ivy. Makanan favourite dia tu.
            “Mesti lah buat. Nenek buat rendang ayam kampung.”
            “Alah sedapnya ma. Kecur air liur dengar.” Kata Mai dan yang lain angguk setuju. Bila puasa memang macam tu, tak boleh dengar orang cakap pasal makanan semua sedap.
            “Lepas ni kita nak buat apa pula ma?” Faye meletakkan bekas berisi ketupat di atas island table. Dalam ramai-ramai dia lah yang pandai anyam ketupat. Yang lain failed. Lepas tu asyik gelak je bila tak menjadi.
            “Dah isi beras dalam tu Faye?”
            “Dah ma.”
            “Bagi dekat ayah dekat belakang biar ayah rebus.”
            Terus Faye bergerak keluar ke pintu belakang. Kelihatan Tuan Ilias, Irfan dan Iman sedang sibuk menghidupkan api untuk merebus ketupat.
            “Hajar nanti tolong Ivy susun biskut dalam balang boleh?” Ivy merapati Hajar yang sedang menyusun pinggan yang akan digunakan esok.
            “Boleh. Nanti Ivy letak balang tu dekat luar. Hajar susun biskut dekat luar terus lah, senang.”
            “Okey.” Ivy terus mengeluarkan balang kaca dari dalam almari lalu di bawa ke ruang tamu. Bulat mata dia memandang keadaan rumah tamu yang bagaikan kapal pecah. Sana sini penuh dengan mainan. Macam tu lah bila ada ramai sangat anak kecil.
            “Maaf Vy Kak Tihah tak sempat nak kemas semua. Dah kemas yang itu yang ini pula berterabur. Kemas yang itu yang kat sini pula bersepah.” Kata Fatihah yang sedang menjaga Haris dan Idris bagi pihak Faye dan Hajar. Marissa pula sudah dibawa masuk ke dalam bilik oleh Mai bila anaknya itu mula meragam mahu tidur.
            Tersengih Ivy medengar kata-kata Fatihah. “Tak apa lah Kak Tihah, budak-budak kan biasa lah tu. Nanti diorang dah tidur baru lah kita boleh kemas ni semua. Selagi mata diorang celik, jangan harap.”
            “Kan... Kak Tihah pun macam tu la Vy, tengah malam baru boleh kemas semua. Selagi yang kecik tak tidur memang tak boleh nak buat apa. Abang-abangnya pula suka sangat sepahkan mainan.” Fatihah kini sudah menjadi suri rumah sepenuh masa di atas kehendak dia sendiri. Tak nak tinggal anak dekat nursery katanya, sebab itu lah dia sanggup melepaskan jawatan yang dia pegang. Irfan pula sentiasa menyokong apa saja keputusan isteri dia.
            “Abang Ipan tak tolong ke kak?”
            “Tolong juga. Tapi kesian la dekat abang tu, kat ofis dah penat tambah yang dekat rumah pula. Tapi bila abang cuti memang dia sentiasa tolong Kak Tihah.”
            “Abang memang rajin.” Sempat dia puji abang sendiri membuatkan Fatihah tersenyum. Ivy memandang ke arah Irine yang sedang bermain dengan Faiz, Fiya dan juga Iskandar.
“Seronok betul Irine, dari tadi asyik ketawa saja. Mesti best kalau dia ada adik nanti.” Mata Ivy tidak lepas dari memandang ke arah anaknya itu.
“In shaa Allah... Ada rezeki Ivy untuk tambah ahli nanti.”
“Itu lah Kak Tihah, teringin betul nak dapat baby lagi. Fayed pun sama, dah berangan nak kan anak lelaki lagi tu. Tapi belum ada rezeki nampaknya.”
“Sabar sayang, sooner or later akan ada rezeki Ivy nanti. Mungkin sekarang tuhan nak beri ruang kepada Ivy untuk curahkan sepenuh kasih dan sayang kepada Irine.”
Ivy angguk setuju. “Ada betulnya juga apa yang Kak Tihah cakapkan tu.”
“Mummy, Kak Yeen nak air.” Irine merapati Ivy yang sedang berbual dengan Fatihah. Yang lain juga turut mengekori Irine dari belakang.
“Fiya nak Ami Vy.”
“Faiz pun nak juga Mummy Vy.” Fiya yang berdiri di sebelah Irine ditolak perlahan. Terjelepuk adiknya di sebelah.
“Ibu!!!” Jerit Fiya sekuat hati dengan tangisan yang mula kedengaran.
“Faiz! Kenapa tolak adik macam tu. Nak ibu panggilkan baba ke?”
Laju Faiz menggeleng dengan sengihan. Iskandar yang melihat bergerak merapati Fiya lalu tangan sepupunya itu ditarik supaya bangun.
“Is tolong ye.” Kata Iskandar dengan pelatnya. Ivy dan Fatihah yang melihat terus menghamburkan ketawa.
“Adoi, macam-macam la diorang ni kak.”
“Itu lah. Ni baru sikit Vy, bila dah bertambah nanti tak tahu lah macam mana. Ni yang baby belum besar lagi ha. Bila dah besar nanti makin pening la kita nak melayan.”
“Kan Kak Tihah. Tapi tak apa lah, sekurang-kurangnya terhibur juga hati kita ni.” Fatihah angguk mengiakan.

“APA ni Daddy Yed?” Soal Iskandar sambil menunjukkan ke arah buluh di sebelah Fayed. Irine dan Fiya turut datang menghimpit. Faiz saja yang tidak kelihatan.
            “Buluh Is, Daddy Yed nak buat panjut. Tahu tak panjut tu apa?” Iskandar menggeleng. “Panjut tu pelita Is. Tahu tak pelita tu apa?” Soal Fayed lagi dan seperti yang dijangka sekali lagi Iskandar menggeleng.
            “Kak Yeen tak tahu pelita.”
            “Fiya pun...”
            “Pelita tu rumah ke Daddy Yed?” Soal Iskandar dengan wajah yang polos. Mengekek Fayed ketawa mendengar soalan Iskandar.
            “Bukan lah Is. Panjut ni nanti kita pasang dekat sini lepas tu nanti ada api keluar dekat atas ni.”
            “Eeee...” Serentak Iskandar, Irine dan Fiya bersuara bila mendengar perkataan api. Tahu pula diorang api tu apa.
            “Bahaya la daddy...”
            “Tak sayang tapi dengan syarat Irine, Is dan Fiya tak boleh pegang panjut ni nanti. Tengok je. Okay?” Serentak mereka bertiga angguk. “Okey ke belakang sikit daddy nak buat ni.”

            Irine, Iskandar dan Fiya bergerak ke arah meja batu yang berhampiran dan bermain di situ. Fayed pula kembali fokus kepada panjut yang ingin dipasang. Sepatutnya dia dengan Imad yang buat tapi Imad sudah hilang ke mana. Katanya nak ke tandas tapi sampai sekarang tak muncul-muncul.
            Sewaktu Irine sedang bermain bersama Iskandar dan Fiya, kelihatan Syed sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah mereka yang kebetulan dibiarkan terbuka oleh Fayed. Syed melambai-lambai ke arah Irine yang sedang bermain dan tanpa teragak-agak Irine terus bergerak mendekati Syed. Fayed yang terlalu leka dengan kerjanya pula langsung tidak perasan apa yang terjadi.
            Irine mendongak ke arah Syed dengan mata yang terkelip-kelip. Iskandar dan Fiya pula hanya memandang dari jauh.
            “Hai Irine, mummy ada tak?” Syed bersuara dengan nada yang ceria. Di tangannya kelihatan sebuah kotak yang berbalut kemas siap dengan riben yang elok terletak di bahagian atas.
            “Ada, dekat dalam.”
            “Boleh panggilkan mummy tak?”
            “Kenapa?” Soal Irine kembali.
            “Uncle nak bagi mummy ni.” Syed menggoncang kotak di tangan.
            “Urm...”
            “Irine!” Fayed menjerit memanggil nama Irine. Terkejut betul dia bila terpandangkan Irine yang sedang berdiri berhadapan dengan Syed di depan pintu pagar rumahnya. Kalau Syed larikan anak dia tadi macam mana? Ah, dia juga yang cuai kerana terlupa untuk menutup pintu pagar rumahnya tadi.
            Laju langkah kaki dihayun mendekati Irine dan Syed kemudian anaknya itu terus ditarik ke dalam dukungan. Irine terus merangkul leher Fayed. bimbang kalau dimarahi oleh daddynya. “Kau buat apa dekat sini?” Soal Fayed dengan nada yang sedikit keras.
            “Aku nak jumpa dengan Ivy.” Jawab Syed dengan riak wajah bosan.
            Fayed mendengus geram. “Untuk apa kau nak jumpa dengan dia?”
            “Aku nak bagi dia ni.” Sekali lagi Syed menggoncang kotak yang dipegangnya.
            “Kau memang tak faham bahasa kan?”
            “Apa?” Muka toya je si Syed ni. Tak nampak ke yang Fayed tu dah merah muka tahan marah dengan sikap dia tu.
            “Ivy tu isteri aku, yang kau beria sangat nak bagi dia semua ni kenapa?”
            “Eh suka hati aku lah nak bagi dia apa pun. Yang kau sibuk kenapa?”
            “Aku sibuk sebab dia tu bini aku lah. Kau jangan nak buat bodoh pula dekat sini.”
            “Aku ke kau yang bodoh?” Syed menyoal dengan riak wajah yang penuh angkuh. Dia memang sejenis manusia yang bebal agaknya. Langsung tak ada rasa berasalah.
            “Kau!”
            “Yed, kenapa ni?” Soal Imad yang sedang menghampiri Fayed dan Syed. Dia baru saja keluar dari arah belakang rumah, melihat ayah dan abang-abangnya rebus ketupat.
            Fayed berpaling ke arah Imad sebelum kembali memandang ke arah Syed yang beriak selamba. Langsung tidak ada rasa bersalah pada wajahnya. “Nothing Imad.” Kata Fayed yang tidak mahu melibatkan Imad di dalam masalah mereka.
            “Bro, Ivy ada?” Soal Syed kepada Imad tanpa rasa malu.
            “Ivy? Kawan dia ke?”
            Angguk tidak, geleng pun tidak. Syed hanya diam tidak menjawab.
            “Dah lah Syed, aku rasa lebih baik kau balik sekarang.” Kata Fayed. Malas dah rasanya nak mengadap muka tak tahu malu Syed nih.
            “Aku tak akan balik selagi aku tak jumpa dengan Ivy.”
            “Hey, what’s the matter?” Soal Imad ingin tahu. Mendengar kata-kata Syed membuatkan Imad rasa tidak sedap hati pula.
            Fayed menurunkan Irine ke bawah dan menyuruh anaknya itu masuk ke dalam rumah. Laju saja Irine berlari ke arah Iskandar dan Fiya sebelum menarik tangan sepupunya itu untuk masuk ke dalam.
            “Lebih baik kau balik sekarang Syed.”
            “No! Aku nak jumpa Ivy.”
            “Kau!” Fayed ingin menerkam ke arah Syed tetapi dihalang oleh Imad. “Lepaskan aku Mad, aku nak ajar orang yang tak reti bahasa macam dia ni.”
            “Sabar Yed, sabar...” Pujuk Imad.
            “Ah kecoh la kau. Bukan luak pun kalau aku pandang isteri kau tu.”
            “WHAT?!” Fayed dan Imad bersuara serentak.
            “Kau suka adik aku?” Pantas Imad menyoal.
            “Ya...” Jawab Syed dengan bangganya.
            “Eh, kau tahu tak yang Fayed ni suami dia?”
            “Ya aku tahu. So what?”
            “Kurang ajar kau!” Pantas Imad menerkam ke arah Syed. Baru saja dia ingin melepaskan tumbukan ke wajah Syed ada tangan yang menghalang.
            “Imad!” Keras suara Irfan memanggil nama Imad. Iqbal dan Iman hanya memandang dari belakang.
Naa... sekarang semua abang-abang Ivy sudah berdiri di hadapan Syed. Riak pada wajah Syed juga sudah mula berubah. Takut dan gementar. Sekarang baru kau nak takut kan. Dengan Fayed berani lah kau nak macam-macam ye.
“Lepas Abang Ipan, bagi Mad settle kan budak ni.”
“No Imad. Cuba bawa bersabar sikit.” Marah Irfan. Dia paling tak suka kalau adik-adik dia menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah. Masalah tak akan selesai dengan hanya menggunakan kekerasan.
Iman dan Iqbal cuba menenangkan Imad yang kelihatan agak agresif dan Fayed yang kelihatan seperti sedang berperang dengan perasaan sendiri.
“Apa masalah awak yang sebenarnya?” Soal Irfan kepada Syed sambil memeluk tubuh sendiri. Sebagai yang paling tua dia harus pandai mengawal keadaan agar tidak berlaku sebarang kekecohan. Tambahan pula dia tidak mahu ayah dan mamanya sedar akan apa yang sedang berlaku di laman rumah mereka sekarang.
Syed diam menunduk. Rasa kecut perut pula melihat mereka yang berdiri di hadapan dia dengan wajah yang serius ni. Kalau Fayed sorang dia masih boleh handle lagi. Ni kalau dah berlima, memang tak mampu la dia nak lawan.
“Dia ni sukakan isteri Yed bang.” Adu Fayed dengan pandangan mata yang tajam menikam wajah menikus Syed. Untung lah dah ada abang sekarang.
Irfan menggeleng kesal. “Awak tahu kan Ivy tu isteri Fayed.”
Syed angguk.
“Habis tu kenapa awak nak kacau mereka lagi? Apa tujuan awak yang sebenarnya?”
Syed mengangkat wajah memandang Irfan. “Saya sukakan Ivy bang, tak ada niat lain pun.”
“Tapi salah tu. Berdosa, tahu tak?” Syed diam tak menjawab dan wajahnya kembali menunduk. “Macam ni lah, saya nasihatkan awak supaya jangan ganggu Fayed dan Ivy lagi. You never know apa yang kami mampu lakukan kalau dapat tahu yang awak masih mengganggu hidup mereka lagi. Jangan pernah berniat pun untuk lakukan perkara terkutuk bagi mendapat Ivy. Saya bagi amaran, jangan!” Irfan menarik nafas sebelum kembali menyambung.
“Sebulan syaitan kena ikat, tapi kalau awak masih buat dosa macam ni maknanya awak tu lah yang syaitannya.” Pijar terasa pipi ditampar oleh kata-kata Irfan. “Balik lah dan carilah wanita lain untuk dijadikan teman hidup. Jangan ganggu rumah tangga adik saya. Walau macam mana awak berusaha untuk memikat hati Ivy, dia tak akan terpikat dengan awak. Nak tahu kenapa?”
Syed angguk perlahan. Irfan menarik bahu Fayed, “Sebab Fayed ni cinta mati dia. Datang seribu lelaki pun mata dia hanya nampak suami dia ni aje. Lebih baik awak berputus asa sekarang.” Sekali lagi dia ditampar dengan kenyataan yang agak payah untuk dia terima.
“Maaf.” Hanya itu yang Syed mampu lafazkan sebelum mengundurkan diri dan berlalu dari situ. Fayed dan yang lain hanya memandang tanpa kata.
Fayed dan abang-abang Ivy saling berpandangan.
“Aik, macam tu je?” Imad bersuara dengan nada tidak puas hati.
Bahu kanan Imad ditepuk Irfan. “Dah lah Mad, biar lah dia.”
“Mana boleh bang.” Tangan naik mencekak pinggang. “Ingat benda ni main-main ke. Benda serius ni bang.”
“Yang kau emo terlebih ni kenapa?” Soal Iqbal.
“Bang Iq, kau tak dengar apa yang dia cakap dekat Fayed tadi...” Kata Imad dengan nada yang sama. Tak tahu lah macam mana Fayed boleh sabar dengan mamat tu. Kalau dia dah lama agaknya muka mamat tu pecah kena tumbuk.
“Dah, dah... Puasa kan ni.” Sekali lagi Irfan menepuk bahu Imad. “Dah lama ke dia kacau Yed dengan adik?” Soal Irfan kepada Fayed pula.
“Dia baru je pindah ke sini tiga minggu lepas bang. Lately kerap juga lah dia cari Ivy.”
“Fayed tahu?” Iman pula menyoal.
Terbias senyuman hambar di bibir Fayed. “Memang lah Yed tahu Abang Im kalau dah tanpa segan silunya dia mengorat Ivy depan Yed.”
Iman menggeleng tidak percaya “Berani betul. Abang Im tak faham betul lah dengan lelaki yang suka dekat isteri orang ni. Macam dah tak ada perempuan lain dah dekat dalam dunia ni, isteri orang juga yang dia nak.”
“Kalau dah nafsu menguasai diri bang.” Balas Iqbal dan yang lain angguk setuju.
“Sayang! Mana panjutnya?” Jerit Ivy di hadapan pintu rumah mereka. Dia baru saja selesai membantu ayah dan kakak-kakak iparnya di belakang. Laju kaki melangkah ke hadapan untuk melihat hasil kerja si suami tetapi hampa. Satu apa pun tak ada.
Fayed dan abang-abang Ivy saling berpandangan sebelum tersengih lebar sambil menggaru belakang kepala.

“KAK YEEN nak bobok dengan Nek ma.” Kata Irine dengan botol di mulut.
            Fayed yang sedang berbaring di atas katil terus bangun dan menarik sila mengadap si anak yang sedang menantikan kata putus dari nya. “Nek ma penat la sayang. Irine bobok dengan daddy je ye.”
            Irine mencebik tak puas hati. “Nek ma nak Kak Yeen bobok dengan Nek ma.”
            “Betul ke Nek ma yang nak? Bukan Irine ke yang nak bobok dengan Nek ma sebenarnya.”
            Laju si anak menggeleng. Sepupu dia yang lain sudah selamat beradu di dalam bilik masing-masing, tinggal dia saja yang masih berjaga.
            “Tapi...”
            “Sayang!” Ivy menerpa ke arah Fayed dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Langsung hilang apa yang mahu dikatakan oleh Fayed kepada Irine bila Ivy terus memeluknya dengan erat. Irine juga turut tercengang melihat kelakuan mummynya itu.
            “Okey Irine boleh bobok dengan Nek ma malam ni. Tapi jangan nakal-nakal tau.” Kata Fayed kepada Irine bila isterinya langsung tidak mahu melepaskan pelukan. Laju Irine angguk sebelum berlalu meninggalkan Fayed berdua dengan Ivy.
            Masing-masing hanya diam. Rangkulan Ivy di leher Fayed juga semakin diperkemaskan. Tangan Fayed mula mengusap belakang badan si isteri, cuba memujuk Ivy supaya bertenang.
            “What’s wrong baby?” Soal Fayed dengan suara yang perlahan.
            Tiada jawapan yang keluar daripada bibir Ivy. Yang ada hanya lah bahasa tubuh yang tidak mahu Fayed menjauh darinya. Belakang leher Ivy diusap lembut, supaya isterinya merasa lebih tenang. Dia yakin ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran isterinya itu.
            “Baby boo...” Sekali lagi Fayed berbisik lalu telinga Ivy ditiup perlahan membuatkan isterinya menggeliat kegelian.
            Spontan Ivy menjarakkan badannya dengan Fayed. Mata bujur suaminya direnung dalam. “I love you so much tau sayang. I love you so much to the point I can’t even imagine how I’m gonna live without you. Saya sayang awak sangat-sangat. Tak ada orang lain yang boleh ganti tempat awak di hati saya. Hati saya ni...” Tangan kanan dilekapkan ke kiri dada. “...milik awak selamanya.” Mata Ivy mula berkaca.
            Fayed terdiam mendengar luahan hati Ivy. Air mata yang mula jatuh membasahi pipi Ivy disapu dengan hujung jari. “I love you too. Infinity...” Tangan kanan Ivy ditarik dan dilekapkan ke dadanya pula. “Hati yang dekat dalam ni pun, milik awak sorang je, selamanya. Tak akan ada yang mampu gantikan tempat awak dalam hati saya baby.”
            Leher Fayed dirangkul lagi. Pipi Fayed juga turut menerima ciuman bertalu-talu dari Ivy. “Syed tu memang tak guna. Kalau lah...”
            Fayed menolak perlahan bahu Ivy dengan kerutan yang mula menghiasi dahi. “Syed?”
            “Yela mamat psi...”
            Pantas Fayed menutup mulut Ivy. “It’s ramadhan baby...” Tegur Fayed.
            Tangan Fayed dijatuhkan, mata dipejam rapat dan nafas dihela perlahan. Sedar yang dia sudah terlanjur melayan nafsu amarah. “Sorry sayang. Geram sangat tak boleh nak control.” Tercuit senyuman di hujung bibir Fayed. Perangai Ivy yang satu tu memang tak boleh nak buang. Mudah sangat marah.
            “Eeee... saya tak tahu lah macam mana awak boleh tahan dengan kata-kata dia tu. Berani betul dia cakap macam tu dekat awak kan.” Marah Ivy lagi.
            “Siapa yang bagi tahu ni?”
            “Imad masa dekat bawah tadi. Marah betul dia tadi, itu pun belum habis lagi membebel pasal ni. Abang Im dengan Abang Iq duk tahan telinga je tu dengar Imad bebel non stop.”
Fayed menghembuskan nafas perlahan. Dah agak yang Ivy akan tahu juga pasal ni. Ivy menggenggam tangan Fayed dengan kemas. “Why you didn’t tell me about this?”
Mata Ivy direnung dengan penuh kasih dan sayang. “Sebab saya tak nak jadi macam ni la. Awak kalau dah marah...” Sengaja Fayed tidak menghabiskan kata-katanya. Faham sendiri saja lah. Ivy mencebik. Tak puas hati bila Fayed cuba menyembunyikan semuanya daripada pengetahuan dia.
“Dah lah baby, Syed tu pun dah tak ada dah dekat sebelah tu.”
“Dia ke mana? Pindah dah ke?” Cepat betul. Bisik hati Ivy.
“Balik rumah parents dia agaknya. Gelap je rumah dia tu.”
“Bagus lah kalau dia tak ada. Rasa tak boleh nak pandang dah muka dia tu.”
Ivy ditarik ke dalam pelukan dan dahi isterinya itu dikucup bertalu-talu. “Irine tidur dengan mama malam ni.”
“Ouh really?” Ivy mendongak mencari wajah Fayed.
“Yeah.”
“So?”
“So...” Wajah Fayed semakin merapat dan Ivy sudah tersengih menanti kucupan Fayed. Belum sempat bibir Fayed berlabuh di bibir Ivy, kedengaran ketukan di pintu bilik mereka.
“Dik, Kak Mai tanya iron board dekat mana.” Jerit Iqbal dari luar bilik Ivy dan Fayed.

Fayed dan Ivy saling berpandangan sebelum Fayed mengeluh hampa. Hanya sengihan yang mampu Ivy berikan sebelum berlalu meninggalkan Fayed yang duduk bersandar dalam kehampaan.